Countess Elizabeth Báthory de Ecsed tercatat sebagai wanita kejam yang sanggup mengorbankan banyak nyawa hanya untuk kepuasan dirinya. Lahir dalam keluarga bangsawan di sebuah daerah di Hungary, Elizabeth Bathory hidup sekitar tahun 1560 hingga 1614. Bapanya golongan bangsawan Transylvania. Keluarga sebelah ibunya pula merupakan golongan pegawai yang memiliki reputasi tinggi.
Selepas berkahwin dengan Ferenc Nádasdy, anak seorang baron Hungary, Elizabeth berpindah ke Sarvar. Suaminya menghadiahkan sebuah istana yang digeIar Istana Čachtice untuk Elizabeth. Istana itu dikelilingi kawasan perkampungan dan pertanian.
Pun begitu, dia sering kesepian kerana kerap ditinggalkan suaminya. Sekitar tahun 1578, suami Elizabeth yang menjadi ketua pasukan dalam ketenteraan Hungary terlibat dalam peper4ngan ke atas Empayar Turki. Disebabkan itu, Elizabeth ditinggalkan sendirian untuk mengurus ladang dan hal ehwal harta suaminya, termasuk segala urusan berkaitan penduduk kampung yang bekerja dengan istananya.
Di sinilah kisah hitam Elizabeth mula terbongkar apabila ramai anak gadis bangsawan kelas bawahan yang hilang. Sebelum itu, dilaporkan ramai anak-anak gadis kampung yang pergi ke istana itu untuk bekerja, juga didapati hilang.
Tetapi, kes kehilangan itu disenyapkan kerana pengaruh Elizabeth yang kuat. Apatah lagi Elizabeth dihormati masyarakat sekeliling sebagai anak bangsawan dan wanita terpelajar yang menguasai empat jenis bahasa.
Namun, lama-kelamaan Elizabeth dituduh sebagai punca kehilangan dan pembυnuhan beratus gadis di Sarvar. Dikatakan lebih 650 anak-anak gadis hiIang. Bukan hanya dari golongan bangsawan bawahan, malah juga gadis-gadis petani miskin yang bekerja di istana atau diculik dan dibekalkan kepada Elizabeth oleh pihak ketiga.
Misteri kehiIangan gadis-gadis itu telah merebak dan menggemparkan seluruh Hungary sehingga mendesak Maharaja Empayar Roman bertindak. Siasatan ke atas kehiIangan mangsa tersebut akhirnya membawa kepada serbuan ke atas istana Elizabeth pada tahun 1610.
Apa yang ditemui di dalam istana itu amat mengejutkan. Begitu ramai gadis dalam keadaan menyayat hati dalam istana tersebut. Ada yang terbaring di atas meja makan, ada yang terikat pada tiang dengan kulitnya disayat. Dalam tab mandi juga dipenuhi dar4h bersama gadis yang sedang nazak terendam di dalamnya.
Di dalam penj4ra di istana itu, terdapat sekumpulan gadis yang masih hidup dan hanya menunggu masa untuk dibunυh. Di bahagian bawah tanah istana pula, ditemui lebih 50 mayat yang sudah mulai membυsuk.
M4ti Dalam Hukυman
Penemuan itu menggemparkan penduduk Sarvar. Istana itu rupa-rupanya adalah ‘neraka’. Cerita di sebaliknya terbongkar. Ada beberapa versi dikaitkan dengan kekejaman yang dilakukan Elizabeth.
Salah satunya kerana sering ditinggalkan suami, Elizabeth terlibat dengan skandal beberapa lelaki yang kemudian bertukar menjadi tabiat bis3ksual apabila dia mula meminati gadis-gadis muda.
Versi lain pula menceritakan, suatu hari sewaktu seorang dayang menyisir rambut Elizabeth, tanpa sengaja pelayan wanita itu menyisir dengan agak kuat. Elizabeth yang marah merentap kuat gadis itu hingga menyebabkannya berdarah. Beberapa tompok dar4h itu mengenai tangan Elizabeth.
Beberapa hari kemudian, Elizabeth mendapati kulit tangannya yang terkena dar4h gadis itu menjadi lebih lembut dan anjal. Peristiwa ini kononnya memberi idea kepada Elizabeth untuk menggunakan darah gadis muda bagi mengekalkan kecantikannya.
Ada juga versi yang mengaitkan Elizabeth dengan ritual Sat4nisme. Sewaktu usianya melewati 40-an, Elizabeh mula risau dengan kecantikannya yang memudar. Dia percaya, ritual membunuh gadis muda untuk mendapatkan darah mereka adalah penawar kepada kecantikannya yang mula luntur. Legenda mengatakan, darah para gadis itu dibuat mandian, biasanya terisi penuh di dalam tab mandi di istananya.
Hasil siasatan telah mengumpulkan lebih 300 orang saksi dari kalangan penjaga istana dan mangsa yang terselamat antara tahun 1610 hingga 1611.
Menurut semua saksi, antara kekejaman yang dilakukan Elizabeth adalah dengan memukυl sehingga m4ti, bakar, k0rban keIaparan, menyiat urat, menggigit daging muka, lengan dan bahagian tubuh lain mangsa.
Berdasarkan buku catatan 32 muka surat milik Elizabeth yang disimpan dalam arkib negara Hungary di Budapest, sekurang-kurangnya lebih 650 gadis telah menjadi k0rban gara-gara obsesnya pada kecantikkan.
Elizabeth dan empat orang pekerjanya ditangkap. Kesemuanya dihukum bunυh kecuali Elizabeth kerana statusnya sebagai anak bangsawan.
Elizabeth dijatuhi hukuman penjara seumur hidup di kamarnya sendiri. Semua pintu dan jendela ruang biliknya ditutup. Hanya sebuah lubang kecil disediakan untuk memasukkan makanan dan minuman.
Pada tahun 1614, genap empat tahun Elizabeth dipenj4ra, dia dijumpai m4ti dalam bilik kurungannya dengan wajah tertelungkup di lantai. Usianya ketika itu 54 tahun.
Dengan itu, tamatlah riwayat drakula wanita pertama dalam sejarah peradaban manusia. Setelah kematiannya, Elizabeth dikenang sebagai ‘BIood Queen’ dan tercatat sebagai salah seorang pembunuh wanita bersiri paling kej4m.
Perbuatannya yang suka berkubang dalam darah atau meminum darah menyebabkan dia juga digelar ‘Vampire’. Kisahnya juga banyak menjadi pencetus kepada penulisan buku, novel, pementasan teater dan filem.
Sumber Infiniti
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.