Berikut Cara Bagaimana Kita Merawat Hati Hitam Yang Berkarat

Ada pendapat mengatakan kalau seseorang itu sudah memang sebati melakukan kejahatan sampai m4ti pun tetap akan berbuat jahat. Orang kata hati sudah hitam pekat, jadi mana mahunya kembali putih bersinar. Persoalannya adakah benar dakwaan tersebut?

Menjawab persoalan ini menurut Pengerusi Biro Dakwah, Kursus dan Seminar, Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (BUDI), Mohd Abadi Amir, boleh dirawat! Tapi dengan syarat ada kemahuan dari yang empunya diri untuk menjadi baik. Namun ia akan menjadi sukar untuk dirawat apabila kesedaran itu datang dari orang lain seperti ibu bapa atau keluarga.

Mungkin kita boleh buang gangguan makhluk halus yang mengganggu perangai jahatnya tetapi tidak boleh ubah perangainya yang sebenar. Allah sebutkan di dalam firman-Nya,

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada siri mereka sendiri.” (Ar-Ra’d: 11).

Berdasarkan ayat itu boleh disimpulkan bahawa orang jahat hanya boleh berubah apabila ada kemahuan dari dalam diri untuk berubah. Walaupun diberi bermacam-macam amalan atau letakkan di dalam masjid sekalipun namun ia belum tentu mendapat mengubah orang yang jahat menjadi baik.

Walaupun jahat sejahat-jahatnya apabila Allah beri hidayah maka ia akan jadi baik sebaik-baiknya dan tidak ada siapa yang boleh menghalang. Ada kisah per0mpak yang menjadi wali Allah.

Perompak itu mendapat hidayah ketika cuba merosakkan seorang gadis. Kerana sepotong ayat al-Quran yang dibacakan oleh gadis itu telah menyebabkan hati perompak itu bergetar lalu melarikan diri. Selepas itu dia terus kembali ke jalan Allah.

Memang benar dia wali tetapi jalannya untuk menjadi wali menempuhi liku-liku yang sempit. Melalui pejalan yang Muslim, mukmin, belajar dan berguru. Itulah buktinya orang jahat boleh jadi baik.

SABAR DAN SOLAT.

Imam Bukhari ada meriwayatkan dari Adi, dia berkata pernah kami datang kepada Anas bin Malik r.a., lalu kami mengadu kepadanya tentang apa yang kami alami dari perbuatan Al-Hajjaj. Anas berkata,

“Bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya tidak ada satu zaman pun yang dialami manusia kecuali zaman berikutnya lebih buruk lagi daripada sebelumnya sehingga kamu menemui Tuhanmu. Saya mendengar ini dari Nabi s.a.w.”

Jelas Mohd Abadi, ada teori yang mengatakan semakin jauh dari zaman Nabi maka kerosakan manusia semakin menjadi-jadi. Ini berlaku kerana kefahaman tentang agama sudah semakin berkurangan, di mana semasa zaman Rasulullah s.a.w. Islam adalah yang terbaik kemudian zaman sahabat, tabi’in, ulama dan zaman seterusnya ia semakin kurang.

Semasa zaman Rasulullah apabila Baginda berkata tentang sesuatu perkara maka para sahabat memahaminya dalam banyak makna ia seperti yang dikehendaki Rasulullah. Kefahaman agama semakin berkurang apabila semakin jauh dari zaman Rasulullah.

Memang diakui bahawa yang belajar agama ramai tetapi yang benar-benar memahami agama sebagaimana para sahabat memahaminya kurang. Sebab itulah ramai yang solat tapi masih berbuat jahat. Sedangkan solat itu sendiri adalah mencegah perbuatan mungkar namun apa sudah jadi, apabila solat yang dilakukan tidak mampu menghalang kita dari berbuat keji.

Sesungguhnya Allah berfirman di dalam surah Al-Ankabut: 45,

“Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan ingatlah Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”

Soalnya solat yang bagaimana? Kerana, ramai juga orang solat namun masih melakukan kejahatan, sama naik antara jahat dan baiknya. Sudah hilangkah peranan solat itu sebagai pencegah kemungkaran.

Tidak! Peranan solat sebagai pencegah kemungkaran tetap ada sampai kiamat, cuma solat manusia hari ini tidak sama seperti solatnya Rasulullah. Solat Nabi adalah dengan hatinya sentiasa penuh khusyuk, tunduk dengan Allah, ingat pada Allah, nampak kebesaran serta keagungan Nya. Ulama menyebutkan solat itu adalah munajad dan hubungan dengan Allah.

Abu Hurairah r.a. berkata,

“Seorang lelaki datang menemui Nabi seraya berkata, “Sesungguhnya si fuIan sering melakukan solat malam namun pada keesokan harinya ia mencuri.” Rasulullah menjawab, “Sesungguhnya (jika solat yang ia lakukan benar) pasti akan mencegahnya dari perbuatan itu.” (HR Imam Ahmad).

Kemudian mengikut pendapat Abul A’liyyah, solat mengandungi tiga tiang utama. Setiap solat yang tidak memiliki tiga tiang utama itu bermakna solat itu bukan dalam erti kata yang sebenar. Tiga tiang utama itu adalah ikhlas, rasa takut kepada Allah dan berzikir kepada-Nya.

Ikhlas akan mengajak hati untuk melakukan kebajikan. Rasa takut pula mencegahnya dari berbuat mungkar. Manakala zikir kepada Nya bererti membaca al-Quran yang dapat mengajaknya untuk berbuat kebajikan dan mencegahnya dari berbuat kemungkaran.

Kemudian Ibn Aun al-Anshari pula berkata, apabila engkau melakukan solat bermakna engkau sedang mengerjakan kebajikan. Solatmu itu secara automatik menghalangmu dari melakukan perbuatan keji dan mungkar. Sedangkan zikir kepada Allah (dalam solat itu) lebih besar keutamaannya.

Sepatutnya mereka yang melakukan solat boleh menghindarkan daripada melakukan perbuatan keji. Namun kini solat itu tidak boleh membawa kepada apa yang telah terangkan di dalam al-Quran. Dengan solat saja menyebabkan hati manusia tidak tenteram sedangkan pada asalnya yang boleh memberikan ketenteraman, boleh mengelakkan sifat marah dan dendam.

Tidak mustahillah jika orang yang solat pun boleh membunuh kerana solat yang kita lakukan tidak cukup sifatnya sampai ke peringkat solat Rasulullah. Solat kita tidak dapat mencegah kemungkaran walaupun ia sah.

Di dalam surah al-Baqarah ayat 45, Allah berfirman,

“Dan mintalah pertolongan (kepada) Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amat lah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.”

Wallahu a’lam

Sumber Maslahah Ummah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Related Posts: