Sedekah bukan hanya perihal memberikan sebahagian harta kepada goIongan yang memerlukan, namun manfaatnya lebih besar. Hanya pemberi sedekah yang ikhlas lagi tulus sahaja dapat merasakannya.
Contoh terbaik dalam bersedekah adalah Nabi Muhammad SAW. Baginda seringkali memberikan makanannya kepada golongan miskin sehinggakan Baginda sendiri kerap berIapar.
Rasulullah sangat takut jika di rumahnya terdapat hanya sedikit sahaja harta atau makanan yang belum dibahagikan. Bahkan pakaian Baginda sendiri daripada bahan kasar dan berharga paIing murah.
Abu Dzar pernah berkisah bahawa suatu hari sewaktu beliau berjalan bersama-sama Rasulullah SAW, mereka tiba di sebuah tanah lapang di Madinah dan di situ tersergam Bukit Uhud yang cukup gah. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya, harta itu hijau dan manis. Barang siapa mengambilnya dengan kedermawanan hati, maka akan diberkati; barang siapa mengambilnya dengan keserakahan, maka tidak akan diberkati. (Jika tidak diberkati, maka dia) seperti orang yang makan, tapi tidak pernah kenyang. Tangan di atas (memberi) lebih baik daripada tangan di bawah (diberi).” (Hadis Riwayat Muslim)
Penceramah popular Ustaz Don Daniyal Don Biyajid berkongsi di laman FBnya mengenai adab bersedekah sebagai seorang Muslim agar setiap pemberian itu ada keberkatan dan pahala dariNYA.
Berikut merupakan 10 adab sedekah yang mesti diamalkan:
1. Tangan di atas memberi lebih baik daripada tangan di bawah (menerima).
2. Ikhlas dalam bersedekah – wajib mengikhlaskan sedekah hanya kerana ALLAH dan demi mendapatkan keredaan-NYA. Sedekah dengan menunjuk-nunjuk dan berbangga diri menyebabkan kerugian di akhirat kelak.
3. Mendahulukan sedekah yang wajib – sebagaimana yang disebut dalam hadis Qudsi yang bermaksud: “…dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-KU dengan sesuatu yang lebih AKU sukai daripada apa – apa yang aku telah AKU wajibkan keatasnya..” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
4. Tidak boleh menunda untuk membayar sedekah (zakat) yang wajib tanpa adanya keuzuran.
5. Sedekah atau zakat yang dikeluarkan hendaklah dipastikan diberikan kepada mereka yang benar – benar memerlukan seperti orang miskin, anak – anak yatim, janda dan sebagainya. Firman ALLAH yang bermaksud: “Sesungguhnya zakat hanya untuk orang fakir, miskin, pengurus-pengurus zakat, para mualaf, hamba untuk dimerdekakan, yang berhutang, yang berjuang dijalan ALLAH dan orang yang bermusafir.” (surahn al-Tawbah ayat 60)
6. Bersedekah dengan harta yang halal – Ia adalah antara sebab sedekah tersebut diterima oleh Allah dan membuahkan hasil yang lebih banyak.
7. Tidak mengungkit – ungkit sedekahnya. Sebagaimana firman Allah “Wahai orang – orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan pahala sedekah mu dengan menyebut-menyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)..” (Surah al-Baqarah ayat 264)
8. Wajib keatas pemberi sedekah merenung nikmat Allah SWT ke atas dirinya kerana ALLAH memberikan rezeki yang lebih.
9. Mendahulukan sedekah kepada waris terdekat – “Sedekahlah kepada orang miskin (mendapat satu pahala), sedangkan sedekah kepada kaum kerabat mendapat dua pahala iaitu pahala sedekah dan pahala silaturrahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
10. Jangan buruk siku – Tidak harus seseorang mengambil kembali sedekahnya daripada orang yang menerimanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perumpamaan orang yang bersedekah kemudian dia mengambil kembali sedekahnya, seperti anjing yang memuntahkan sesuatu kemudian ia menjilat muntahnya untuk memakannya kembali.” (Hadis Riwayat Muslim)
Rasulullah SAW pernah bersabda “Tidak ada hari yang disambut oleh para hamba melainkan di sana ada dua malaikat yang turun, salah satunya berkata: ‘Ya ALLAH, berikanlah ganti kepada orang-orang yang berinfaq’. Sedangkan (malaikat) yang lainnya berkata: ‘Ya ALLAH berikanlah kehancuran kepada orang-orang yang menahan (hartanya)’.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
Sumber Sinar Islam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.