Bagi mereka yang kerap menjadi m4ngsa gig1tan nyamuk, sudah tentu akan mencari cara untuk menghalau serangga tersebut daripada mengg1git diri, betul tak?
Tahukah anda, sebenarnya ada kaedah semula jadi untuk mengh4lau nyamuk dengan hanya menanam pokok?
Ya, nyamuk juga seperti makhluk lain, ia akan tertarik kepada persekitaran dengan perkara yang diperlukan untuk hidup, ini termasuklah tumbuhan tertentu.
Mungkin sukar untuk dipercayai, tapi hakikatnya nyamuk tidak hidup dengan darah yang dihisapnya, hanya yang betina mengg1git dan menjadikan ia makanan untuk telurnya.
Apabila dewasa, nyamuk memakan nektar tumbuhan tertentu seperti keladi, papirus, teratai dan keladi bunting.
Jadi mengeluarkan tumbuhan-tumbuhan ini daripada halaman pastinya dapat membantu mengurangkan nyamuk di rumah. Jika itu tumbuhan yang disukai nyamuk, ada ke pokok yang boleh mengh4lau nyamuk?
Jawapannya ya, selain semburan ubat nyamuk, ada beberapa tumbuhan yang boleh jadi penghalau nyamuk, antaranya:
1. SERAI WANGI.
Citronella atau dalam istilah saintifiknya Cymbopogon nardus adalah bahan popular untuk mengh4lau nyamuk semula jadi. Menariknya, serai ini juga boleh ditanam di halaman rumah.
Berdasarkan penyelidikan, produk topikal yang dihasilkan daripada tumbuhan ini dapat bertahan sebagai pelindung nyamuk untuk tempoh sekitar dua jam, ini kerana minyak akan menyejat dengan cepat.
Jadi menanam serai wangi di kawasan rumah adalah penyelesaian terbaik bagi menjauhkan serangga mengg1git ini daripada diri dan keluarga.
2. PUDINA.
Dikenali sebagai Mentha x piperita, tumbuhan ini jika dibiarkan boleh membiak dengan banyak. Tetapi usah risau, ia tidak invasif seperti tumbuhan lain dalam keluarga pudina.
Minyak yang dihasilkan daripada tumbuhan ini bukan sahaja bagus untuk mengh4lau nyamuk, tetapi juga boleh membantu melegakan ketidakselesaan akibat gig1tan nyamuk yang gatal.
Daun pudina mempunyai aroma yang kuat, menyegarkan dan menenangkan untuk manusia tetapi tidak bagi serangga mengg1git ini.
3. LAVENDER.
Aroma lavender membantu menghal4ng nyamuk. Malah berdasarkan kajian, minyak pati lavender dapat menangkis kebanyakan spesies nyamuk untuk tempoh antara enam hingga lapan jam.
Jika menanam tumbuhan wangi ini di sekitar kawasan rumah, ia juga boleh menarik perhatian pendebunga bagi membantu memperbanyakkan limpahan bunga ungu.
4. DAUN SELASIH.
Basil, nama saintifiknya Ocimum basilicum sering digunakan dalam masakan untuk menghasilkan sos pesto dan salad yang lazat. Di samping itu, ia juga berguna dalam menjauhkan nyamuk.
Tumbuhan ini secara semula jadi akan mengeluarkan aromanya, jadi daunnya tidak perlu dih4ncurkan atau diproses dalam apa jua cara.
Daun selasih adalah t0ksik pada larva nyamuk, jadi letakkan ia berhampiran kawasan tadahan air bagi menghalang nyamuk daripada bertelur.
5. BUNGA TAHl AYAM.
Pokok bunga ini secara azalinya cantik dengan warna yang sangat menyerlah. Namun begitu, Lantana Camara amat tidak disukai nyamuk kerana baunya yang agak busvk, lebih-lebih lagi jika ia dihancurkan sehingga lumat.
Boleh letakkan pokok bunga t4hi ayam yang kecil di dalam rumah. Namun, jika baunya agak mengganggu, letakkan ia di luar rumah berdekatan dengan bekas takungan air, pasu atau baldi, mahupun saluran longkang.
6. GERANIUM.
Nama saintifiknya Pelargonium radula biasa ditemui dalam ubat nyamuk dan lilin.
Tumbuhan ini turut dikenali dengan gelaran seperti pokok halau nyamuk atau pokok jari lima. Bau kuat daripada tumbuhan ini menutupi bau penarik lain.
Tumbuhan ini mudah dijaga dan dapat dibiakkan dengan cara keratan batang. Walau bagaimanapun, ia perlu berada di kawasan teduh dan tidak boleh diletakkan terus di bawah sinaran matahari terik.
7. MARIGOLD.
Berada dalam keluarga bunga tahi ayam, pokok marigold mempunyai sebatian yang dapat mengh4lau beberapa jenis serangga.
Tumbuhan ini mudah untuk dijaga dan menghasilkan bunga yang cantik. Sudah tentu baunya yang kuat berperanan dalam menghalau serangga dan pepijat.
Selain pokok halau nyamuk outdoor atau indoor, menjaga kebersihan kawasan persekitaran rumah juga merupakan cara kawalan nyamuk terbaik. Pastikan tiada air yang bertakung dan terbiar terbiar di rumah.
Pelbagai peny4kit bawaan nyamuk boleh menjangk1ti seperti malaria, dɛmam denggi, ensefalitis atau virus Zika. Ingatlah bahawa, mencɛgah itu adalah lebih baik daripada merawat!
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.