HAIWAN berbisa dan melata seperti ular yang memasuki kediaman boleh mencetuskan situasi cemas.
Mengeluarkan haiwan ini dari rumah memerlukan kepakaran daripada mereka yang profesional seperti pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Namun, menerusi video yang tular, seorang individu awam dilihat secara sukarela menawarkan khidmat menangkap ular berbisa yang memasuki sebuah rumah.
Berbekalkan doa Nabi Sulaiman dengan kebesaran Allah, ular tersebut dan tidak agresif dan terus 'tunduk'.
Dalam kejadian dipercayai berlaku di Sungai Petani, Kedah, ular tedung tersebut dilihat cuba mencari jalan keluar setelah dikepung di sudut dinding oleh lelaki berkenaan.
Lelaki itu kemudian 'mengunci' pergerakan ular menggunakan sebatang penyepit besi sebelum memberi salam dan membacakan doa.
Bacaan doa itu berjaya membantu menurunkan kepala ular tedung yang dari awal tegang berdiri perlahan-lahan ke lantai, seperti sedang ditidurkan.
"Okay ini ular kedua yang saya ambil pada minggu ini, yang hari tu agak bersaiz mega. Yang ini besar ibu jari saya sikit saja, tapi kalau kena patuk pun dah cukup padah.
"Ini ular tedung senduk O atau nama saintifiknya adalah naja kaouthia. Keluarga ini bernasib baik kerana anak mereka nampak ular sedang menjalar masuk ke bawah sofa.
Saya kalau dalam situasi macam ni, doa makan pun boleh lupa.
WARGA MAYA
"Kita ambil gambar kejap ya adik (ular), terima kasih sebab duduk diam," kata lelaki itu selepas berjaya menjinakkan reptilia tersebut.
Menjengah ke laman Facebook, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mohd Amir Faizal memberitahu, bisa ular tedung adalah sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan maut.
"Bisa daripada ular tedung ini mengandungi neurotoksin yang boleh membunuh dalam masa 30 minit.
"Bisanya mengakibatkan mangsa lumpuh dan mengalami sesak nafas sehingga boleh membawa maut," jelasnya.
Di ruangan komen, Faizal turut berkongsikan ilmu untuk menangkap ular.
"Apabila kita baca doa Nabi Sulaiman ni, ada juga ular yang tak dengar cakap. InsyaAllah kalau nak tangkap ular kena tenang dan lagi satu kena ada ilmu dan keberanian.
Sebahagian dari komen warga maya:
"Saya juga selalu bahasakan diri saya abah dan binatang itu adik apabila nak tangkap ular. Kita semua makhluk dan saling menghormati," kata Faizal.
Sementara itu, warga maya kagum dengan kebolehan Faizal yang kekal tenang dalam situasi mencemaskan itu.
"Kali pertama saya tengok ada haiwan tunduk selepas bacaan doa Nabi Sulaiman ni. Antara mukjizat utama Nabi Sulaiman adalah dapat berhubung dengan makhluk lain seperti jin, semut, dan burung.
"Saya kalau dalam situasi macam ni, doa makan pun boleh lupa," kata sebahagian warga maya.
Sumber mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.