Apabila anak tidak berselera makan, golongan ibu pasti susah hati. Rupanya ada cara untuk menaikkan selera menggunakan bahagian dalam hempedal ayam dipanggil panggi.
Cuba petua naikkan selera dikongsi pemilik Instagram Soya Belacan iaitu Aisha ini yang menggunakan lapisan dalam hempedal ayam dipanggil ’emas.’
Ujarnya, tidak semua herba dijual sensei berasaskan tumbuhan. Seperti ’emas’ ayam ini, jika diambil daripada ayam tidak halal maka ia tidak halal.
“Selepas ini jangan buang hempedal ayam lagi sebab lapisan kuning di dalamnya boleh dijadikan ubat.
“Herba ini dipanggil 鸡内金(ji nei jin) yang bermaksud maksudnya emas dalam perut ayam. Ia untuk mengubati masalah pencernaan.
“Sangat sesuai untuk anak sebab pencernaan mereka belum mantap lagi, senang berangin, tiada selera makan,” ujarnya.
Jom ikuti cara penyediaannya:
Bahan-bahan
1 lapisan emas dari hempedal ayam
2-3 sudu besar tepung gandum
Secubit garam
Bijan secukupnya
Sedikit air
Cara penyediaan
1- Bersihkan hempedal dan ambil lapisan Keluarkan lapisan emas di dalamnya.
2-Cuci bersih dan sangai ia sehingga garing.
3-Kisar menggunakan pengisar kering sehingga menjadi serbuk.
4-Masukkan ia ke dalam mangkuk yang berisi tepung gandum.
5-Tambah garam, bijan dan air. Awas, jangan letak banyak air kerana doh ini kering sahaja.
6-Uli doh hingga tidak melekat dan bahagikan kepada ia kepada beberapa bahagian.
7-Gelek nipis dan sangai di atas kuali tanpa minyak.
8-Pastikan kedua-dua permukaan garing baru diangkat. Siap!
Katanya lagi, selain dijadikan biskut, bahan petua naikkan selera ini juga boleh diletakkan di dalam makanan anak.
“BIASANYA ORANG SANGAI JADI KERING, TUMBUK ATAU BLEND JADI POWDER.
“BOLEH LETAK DALAM SUP, BUBUR ATAU BUAT BISKUT MACAM AISHA.
“LEBIH RANGGUP DAN WANGI, BIJAN PULA KAYA DENGAN KALSIUM,” KATANYA.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.