Menipu anak kecil antara perkara yang kerap dilakukan oleh ibu bapa mahupun orang dewasa tanpa sedar.
Barangkali kita tidak berniat untuk berdυsta, hanya sekadar mencipta helah demi menenangkan si kecil yang sedang menangis kerana mahukan mainan dan sebagainya.
“Adik jangan nangis. Nanti bila dah gaji, mama belikan mainan ya.”
Demikian antara dialog yang kerap digunakan. Namun, apabila tiba waktunya, tidak pula kita membelikan mainan tersebut. Sudahlah mencipta mυslihat sebelum ini bagi meredakan kemahuan anak, kini kita pula menambah kekhilafan sendiri dengan tidak mengotakan janji!
Bayangkan jika diri sendiri dipermainkan sedemikian oleh orang lain. Walaupun mereka masih kanak-kanak lagi, tetapi usahlah memainkan perasaan mereka. Sebaliknya, berterus terang adalah lebih baik.
Dalam situasi lain pula, ketika lalu di depan kedai mainan, anak menangis mahukan barang yang dijual di dalamnya.
Kita sebagai ibu bapa pula berkata ‘pak cik itu tak jual’, walhal dia memang berniaga barangan tersebut.
Pendakwah Ustaz Mohammad Wadi Annuar Ayyub atau lebih dikenali sebagai Ustaz Wadi Annuar memberi peringatan agar kita berhati-hatilah dengan pernyataan yang diungkapkan kerana Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan bahawa perbuatan seperti situasi dinyatakan tadi dikira sebagai menipυ.
“Sepatutnya kita beritahulah ‘Jangan beli sebab dah banyak beli mainan. Hidup kita ini bukan untuk bermain sangat, tetapi Allah SWT cipta untuk beribadah’.
“Walaupun anak kita pandai menjawab mereka kecil lagi dan mesti bermain, namun biarlah jawapan yang bakal kita l0ntarkan adalah jawapan orang dewasa, tetapi menggunakan laras bahasa kanak-kanak.
“Begitulah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Nasihat baginda berbentuk akhirat kepada kanak-kanak yang berumur bawah enam tahun,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikan di laman sosial Facebook miliknya.
Walaupun kanak-kanak itu masih mentah usianya dan tangannya pula ligat bermain semasa kita bercakap dengannya, ujar Ustaz Wadi, mereka akan menyimpan maklumat itu.
“Betapa hebatnya akal manusia ciptaan Allah SWT.
“Justeru, berhati-hatilah apabila hendak ‘meIawak’ dengan anak-anak,” nasihat beliau.
Diharamkan menipυ
Sementara itu, pendakwah Ustaz Mustafar Mohd Suki menjelaskan, hukum asal menipυ adalah diharamkan ke atas orang dewasa, anak kecil, orang bukan Islam dan lain-lain.
Dalam sebuah hadis sahih, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengatakan kepada budak kecil ‘ke sini, ambil ini’ kemudian dia tidak memberikannya, maka dia akan dikira berdusta.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Disebabkan itu, Ustaz Mustafar mengingatkan, berdosa besar hukumnya apabila berdusta kepada kanak-kanak. “Jika ada halangan disebabkan belum mempunyai wang mencukupi, tidak mengapa ditangguhkan pemberian sesuatu asalkan ia ditunaikan pada masa akan datang,” ungkapnya.
Justeru, usah sesekali mungkir janji walaupun si kecil mungkin tidak mengerti. Seperkara lagi, jangan menipu kanak-kanak sekalipun dengan menggunakan helah atau beroIok-oIok.
Sumber Sinar Islam
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.