Kisah Rasulullah SAW mendengar tapak kaki Bilal bin Rabah di syurga bukan cerita dongeng – Ini Amalan Yang Dilakukan Oleh Muazin Pertama Itu

 

Apabila masuk sahaja waktu solat, tukang azan tidak pernah alpa sesaat dengan tugasnya. Pantas sahaja azan dilaungkan dengan suara yang merdu dan mendayu-dayu memanggil semua umat Islam untuk meninggalkan apa sahaja tugas yang dilakukan untuk menghadap Tuhannya.

Mereka itulah yang dipanggil muazin. Malah, gelaran bilal sering kali meniti pada bibir kebanyakan masyarakat berbanding muazin.

Panggilan bilal sudah tidak kedengaran asing lagi pada halwa telinga masing-masing. Bilal ialah muazin pertama yang dilantik oleh Rasulullah SAW untuk mengumandangkan azan pada zaman baginda.

Pemilik nama penuh Bilal bin Rabah itu melakar sejarah tersendiri. Namanya sentiasa disebut-sebut sehingga kini.

Kemerduan dan kelunakan suaranya ketika memanggil semua umat Islam untuk menunaikan solat ada dirakamkan dalam sejarah. Bahkan, penyɛksaan yang diterimanya ketika mula-mula memeluk agama Islam juga dinukilkan dalam lembaran historiografi.

Sesungguhnya, kisah Bilal RA yang pernah ditind4s itu menyentuh hati sesiapa yang membacanya. Namun, apa yang dilaluinya sedikit pun tidak menggµgat keimanannya kepada Allah SWT.

Apakah ibrah yang boleh dijadikan suri teladan dalam kisah tokoh Islam terbilang itu? Apakah amalan yang dilakukan oleh Bilal sehinggakan tapak kakinya didengari oleh Rasulullah SAW di syurga?

Menjejaki sisi peribadinya, dari temubual pendakwah Nourul Iman Nia’mat.

Ujar beliau, Bilal bin Rabah RA merupakan antara sahabat terawal memeluk agama Islam. Beliau ialah hamba kepada Umaiyah bin Khalaf yang dilahirkan di Kota Makkah sekitar tahun 43 sebelum Hijrah.

“Bapanya, Rabah berketurunan Arab, manakala ibunya bernama Hamamah pula berketurunan Habsyah. Namun, Bilal menjadi yatim piatu sejak dari kecil lagi.

“Setelah beliau memeluk agama Islam dan diketahui oleh tuannya, Bilal disɛksa dengan begitu kej4m sekali hinggakan peristiwa itu dirakamkan dalam sejarah,” katanya ketika ditemu bual secara maya.

MENERIMA S3KSAAN BERAT

Beliau kemudian mengajak umat mengimbau penyɛksaan demi penyɛksaan yang pernah dilalui oleh Bilal semata-mata mahu mengembalikannya semula kepada agama asal yang pernah dianutinya.

Bayangkan dalam suasana panas yang begitu terik, Umaiyah bin Khalaf bersama segerombolan k4fir Mµsyrikin menanggalkan pakaian Bilal dan memakaikannya dengan baju besi.

Lalu, di bawah terik matahari dan padang pasir yang panas memb4kar, mereka menjemµr Bilal.

“Tidak berpuas hati lagi, mereka memµkul Bilal menggunakan cemeti dan memerintahkan supaya beliau menc4ci Nabi Muhammad SAW agar kembali kepada agamanya sendiri. Mal4ngnya, semua bentuk sɛksaan yang dilakukan ke atas Bilal hinggakan badannya kurus dan kudratnya tidak berdaya, tetapi ia langsung tidak berjaya mengembalikan Bilal kembali kepada suasana jahiliah.

“Ini kerana hatinya lebih kental dan berani sekalipun saat itu Bilal menerima sɛksaan dahsyat apabila dengan diikat pada leher menggunakan tali yang besar sebelum disɛret keliling Makkah.

“Begitupun, bibir Bilal tidak pernah kering daripada menyebut perkataan Ahadun Ahad. Itulah tanda kekuatan hatinya berpegang keesaannya kepada Allah SWT yang satu dan Maha Esa,” katanya.

Menyambung hujahnya, jelas Nourul Iman, penyɛksaan yang diterima Bilal membuatkan Abu Bakar terkesan. Lalu, beliau membeli Bilal bin Rabah dengan harga 9 tahil emas, nilai yang agak pada pada ketika itu.

“Lalu Bilal dibebaskan. Beliau terlalu gembira dengan kemerdekaan tersebut. Apabila masuk Islam yang bererti aman. Maka dengan aman tersebut, merdekalah beliau daripada kehambaan kaum Mɛsyrikin,” ujarnya.

Ujar Nourul Iman, Bilal kemudian dilantik oleh Rasulullah SAW sebagai muazin. Peristiwa itu ketika pembukaan Kota Makkah pada tahun 8 Hijrah.

Jelasnya, ia merupakan satu bentuk penghormatan dan kemuliaan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW kepada Bilal.

“Saat Bilal mengumandangkan azan, suaranya sangat merdu, lantang dan mudah difahami. Ia menjadi kelebihan Bilal ketika itu untuk menarik hati umat Islam untuk menunaikan kewajipan solat.

“Azan yang menyapa halwa telinga umat Islam ketika itu menimbulkan sebak dan rasa terharɛ kepada mereka yang mendengarnya,” katanya.

KERAP BERWUDUK

Pendakwah itu meneruskan perkongsian ilmunya. Beliau memerihalkan amalan Bilal sehinggakan tapak kaki beliau didengari di dalam syurga.

Ujar Nourul Iman lagi, ia bukanlah suatu kisah dongeng. Sebaliknya, peristiwa itu merupakan kisah benar bersumberkan sebuah hadis yang sahih.

DARIPADA ABU HURAIRAH RA BAHAWA NABI MUHAMMAD SAW BERSABDA: “WAHAI BILAL, KHABARKAN KEPADAKU AMALAN YANG PALING UTAMA TELAH ENGKAU LAKUKAN SEJAK MEMELUK ISLAM? SESUNGUHNYA, AKU PERNAH MENDENGAR GERAKAN KAKIMU DI SISIKU DI DALAM SYURGA.”

MAKA BILAL MENJAWAB: “TIDAK ADA AMALAN UTAMA YANG AKU AMALKAN KECUALI AKU AKAN BERWUDUK PADA WAKTU MALAM ATAU SIANG MELAINKAN AKU AKAN SOLAT DENGAN WUDUK TERSEBUT, DI SAMPING SOLAT-SOLAT YANG DIWAJIBKAN KE ATAS AKU.” (RIWAYAT AL-BUKHARI)

Melihat ungkapan hadis berkenaan, Nourul Iman menjelaskan, ada beberapa pengajaran yang boleh diambil iaitu menetapkan waktu beribadah.

Dengan kata lain, menetapkan waktu khusus dalam sesuatu ibadah adalah dibenarkan kerana Bilal telah melakukan perkara itu terhasil daripada istinbatnya sendiri, lalu Nabi Muhammad SAW membenarkan.

“Hadis itu juga menjadi menjadi satu dalil atau tuntutan untuk umat Islam menunaikan solat sunat selepas berwuduk.

“Bukan itu sahaja, perbuatan Bilal sangat menepati sunah Rasulullah SAW sepertimana disebut dalam satu hadis yang mana sesiapa yang berwuduk dan memperelokkan wuduknya, lalu dia mendirikan solat sebanyak dua rakaat dalam keadaan hati dan wajahnya khusyuk melainkan dijamin syurga kepadanya.

Ia menunjukkan ketinggian kedudukan Bilal bin Rabah RA disebabkan beliau menjaga dan mengamalkan sunah yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW,” jelasnya.

BUKTI ISLAM ANTIR4SISME

Bagi menjelaskan tentang keistimewaan Bilal, pendakwah Mohd Fauzi Mustaffa untuk berbicara lanjut mengenainya.

Ujar beliau, muazin pertama dalam sejarah itu tidak pernah gag4l berjih4d mengikuti peper4ngan.

“Beliau sentiasa mengikuti Nabi Muhammad SAW dalam mana-mana peper4ngan,” katanya.

Perbuatannya itu sehinggakan Rasulullah SAW bersabda: “Bilal penµnggang kuda yang hebat dari kalangan orang Habsyah.” (Riwayat Ibnu Asakir)

Satu lagi sifat Bilal yang wajar dicontohi, Mohd Fauzi menjelaskan, beliau sangat mencintai Nabi Muhammad SAW.

“Semua sikap yang ditonjolkan selama ini antaranya tidak menolak ketika dilantik oleh nabi menjadi muazin, rajin beribadah dan berwuduk adalah disebabkan kecintaannya pada Rasulullah SAW.

“Begitu juga penglibatannya dalam peperangan. Tidak lain tidak bukan untuk menjaga keselamatan nabi,” katanya.

Bukan itu sahaja, Ujar Mohd Fauzi, paling menjent1k emosi tatkala kew4fatan Rasulullah SAW. Sebelum baginda dim4kamkan, Bilal melaungkan azan dengan penuh kesyahduan.

“SEHINGGALAH TIBA LAFAZ ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH (AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD IALAH PESURUH ALLAH), suara Bilal tersangkµt-sangkµt menyebutnya. Orang lain yang mendengarnya juga merasa seb4k..

“Selepas itu, Bilal membawa diri ke Syam (kini dikenali sebagai Syr1a) sehinggalah pada satu malam, beliau bermimpikan Rasulullah SAW. Dalam mimpinya itu, baginda bersabda: ‘Keringnya hatimu padaku. Di manakah kerinduanmu padaku?’

“Apabila Bilal terjaga daripada tidur, beliau dihambat rasa sedih. Lalu, beliau menµnggang kuda menuju ke Madinah untuk ke Masjid Nabawi yang menempatkan makam baginda,” katanya.

Tatkala melihat kelibat Bilal, ujar Mohd Fauzi, Hassan dan Hussein, cucu Rasulullah SAW lantas memeluknya dan menangis.

“Saat itu, Bilal diminta untuk melaungkan azan setelah sekian lama baginda wafat. Lalu, beliau naik ke menara dan melaungkan azan. Ternyata suaranya merdu masih seperti dulu. Apabila tiba lafaz Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah, suara Bilal kembali tersekat-sekat.

“Pada hari tersebut, semua orang yang mendengar azan Bilal seolah-olah rasa kembali ke zaman nabi semula. Ramai yang berlari-lari ke masjid saat mendengar suara Bilal melaungkan azan,” jelasnya.

Meskipun Bilal mempunyai wajah yang agak gelap dan berbibir tebal, namun Mohd Fauzi mengingatkan, Islam tidak memandang fizikal berkenaan. Bahkan, agama suci itu berkembang tidak mengira darjat dan kasta.

“Dalam Islam, tiada perbezaan warna kulit kerana agama ini bersifat universal. Bilal antara tokoh Islam yang membuktikan bahawa agama islam ada Antir4sisme.

“Bahkan Nabi SAW juga memberikan Bilal kedudukan sebagai ‘Orang Kanan’ apabila dilantik menjadi Muazin. Ia jelas membuktikan bahawa Islam meraikan semua bangsa da kulit,” tegasnya.

JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH SWT

Ramai yang mengimpikan untuk masuk ke dalam syurga milik Allah. Namun begitu, impian tanpa usaha sahaja tidak cukup untuk kita merealisasikan hasrat berkenaan.

Pendakwah Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Faiz menjelaskan, bagi meraih syurga-NYA, umat Islam perlu menjaga hubungan dengan Allah, selain sesama manusia.

Ujar beliau, menjaga hubungan dengan Allah SWT lebih mudah berbanding dengan manusia.

“Masakan tidak, kita hanya perlu menjaga akidah yang sahih, melakukan semua suruhan Allah SWT dan tidak menyekutukanNYA.

“Jika cukup semua perkara itu, insya-Allah boleh masuk ke dalam syurga,” katanya.

Ujar PU Faiz lagi, apa yang merisaukan adalah hubungan sesama manusia. Apa tidaknya, walaupun banyak amalan dilakukan seperti bersedekah, berpuasa dan sebagainya, namun ia tiada gunanya lagi seandainya kita menyakiti jiran tetangga.

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk syurga, orang yang membuat jirannya tidak merasa aman daripada ganggµannya.” (Riwayat Muslim)

Begitu juga dalam sebuah hadis masyhur daripada Abu Hurairah berkata: “Telah berkata seorang lelaki kepada Rasulullah SAW, ‘Wahai Rasulullah SAW, sesungguhnya wanita ini terkenal dengan banyaknya solat, berpuasa dan bersedekah, tetapi dia sentiasa menyakiti jirannya dengan lidahnya.” Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda: “Dia akan masuk ke dalam neraka.” (Riwayat Ahmad)

Berdasarkan hadis berkenaan, ujar PU Faiz, Allah hanya akan mengampunkan d0sa kita dengan hamba-NYA yang lain sekiranya mendapat keampunan daripada tuan punya badan.

Beliau kemudian mengajak kita mengambil iktibar daripada kisah yang dinukilkan dalam sebuah hadis masyhur.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW menyatakan bahawa sebentar lagi akan datang seorang penghuni syurga.

Apabila para sahabat melihat seorang lelaki Ansar berkenaan, Abdullah bin Amru meminta keizinan untuk mengikutnya pulang ke rumahnya.

“Namun, sepanjang pemerhatiannya di rumah lelaki itu, perlakuan orang Ansar itu biasa sahaja. Bahkan, tidak melakukan solat sunat dan seumpamanya. Disebabkan tidak berpuas hati, Abdullah lantas bertanyakan kepada lelaki itu tentang amalan apakah yang dilakukan hinggakan beliau disebut sebagai ahli syurga.

“Lelaki Ansar itu menyatakan bahawa pada setiap malam, beliau akan memaafkan orang lain dengan harapan dosanya kepada orang lain juga akan mudah dimaafkan. Subhanallah, sampai begitu sekali beliau menjaga hubungannya dengan manusia,” ujarnya.

Seperkara, PU Faiz turut menitipkan pesan agar kita tidak bersifat takabbur iaitu merasakan diri lebih baik daripada orang lain.

“Pada masa sama, janganlah mengumpat, mengadu domba dan membuka aib orang sesuka hati. Semua itu antara perbuatan yang boleh menghalang kita masuk ke syurga,” tegas beliau.

IBRAH daripada kisah Bilal bin Rabah RA.

1. BERDISIPLIN

Antara sebab mengapa Bilal bin Rabah dilantik sebagai seorang muazin adalah kerana beliau sangat menjaga waktu solatnya sebanyak lima waktu. Untuk menjaga jadual solat dengan azan, ia memerlukan seorang yang sangat tepat dan selalu bersedia untuk mengumandangkan azan.

2. MENGHAYATI BAIT-BAIT AZAN

Bilal mampu berbuat demikian kerana keimanan yang ada pada dirinya. Sejarah menceritakan bagaimana penyeksaan yang berlaku ke atasnya langsung tidak menjadi asbab kepada Bilal untuk kembali kepada agama lamanya. Bahkan, beliau tetap kental walaupun diseksa.

3. SUARA YANG MERDU DAN LANTANG

Disebabkan pakej suara yang ada pada Bilal menyebabkan Rasulullah SAW tanpa ragu memilihnya menjadi muazin. Ini kerana suara yang lantang dan jelas boleh memberikan kefahaman kepada orang yang mendengar.

4. BERANI

Sikap berani yang ditonjolkan Bilal ketika menerima seksaan menujukkan kekentalan beliau untuk menaggung apa jua risiko dan menyahutnya tanpa berdolak-dalik dengan agama Allah.

5. PEMAAF

Pernah berlaku satu peristiwa apabila seorang sahabat bernama Abu Dzar al-Ghifari bersel1sih faham dengan Bilal. Maka secara tidak sengaja Abu Dzar mencel4 tentang kulit Bilal yang hitam. Apabila perkara itu dikhabarkan kepada Rasulullah SAW, baginda sangat mar4h kepada Abu Dzar.

Saat itu, Abu Dzar memohon kemaafaan Bilal dengan meletakkan mukanya ke tanah supaya dipij4k oleh Bilal. Namun, Bilal tidak tergamak berbuat demikian. Lantas memaafkan perbuatan Abu Dzar.

Sumber Pendakwah Nourul Iman Nia’mat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.