Gantung Uri Atas Pokok, Amalan Khurafat Yang Bercanggah Dengan Ajaran Islam

 

Amalan khurafat amat bercangah dengan ajaran Islam. Menyingkap adat orang terdahulu, banyak kisah dan amalan yang masih utuh dipegang oleh sesetengah masyarakat yang dilakukan oleh nenek moyang mereka sehingga masih ada yang mengamalkanya pada hari ini.

Hari ini di negara kita masih terdapat kalangan umat Islam yang tidak menyedari beberapa amalan ritual warisan nenek moyang mereka sebenarnya bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.

Perkara khurafat ini berlaku di pedalaman Sabah. Pendedahan tentang perkara ini dibuat oleh aktivis dakwah, Ustazah Marhamah Rosli dan Dr Taufiq.

Dr Taufiq Razif dari TheProParenting di laman Facebooknya, berkata kerja-kerja dakwah perlu sentiasa dijalankan agar budaya dan adat yang tersasar dengan ajaran Islam harus dihentikan serta-merta.

Beliau menceritakan pengalamannya ketika tiba di perkampungan itu. Dia diminta oleh Ustazah Marhamah untuk meneka plastik biru yang tergantung di atas pokok , lalu dijawabnya baja atau buah dan sebagainya. Namun tekaanya hanya mengundang tawa ‘team’ misi kemanusiaan dakwah.

Setelah puas meneka, Marhamah memberitahu bahawa ‘benda’ yang terdapat dalam plastik itu adalah ‘tembuni’. Jawapan yang diberikan agak mengejutkan sehingga mengelarnya sebagai najis yang digantung di atas pohon tersebut.

Jelas Marhamah lagi, “walaupun majoriti penduduk kampung di sini adalah Muslim, namun pegangan terhadap adat nenek moyang masih kuat dipegang. Sukar dipercayai namun itulah hakikatnya yang terjadi apabila tidak ramai yang menyokong dan menyumbang dana untuk usaha dakwah dan pendidikan di pedaIaman sini”.

Sepanjang menjalankan misi dakwah, pernah terjadi satu kes di kampung tersebut apabila seorang penduduk mengalami keguguran. Lalu dia meletakkan uri tu di dalam biliknya sehingga 14 tahun lamanya. Apabila ditanya mengenai anaknya, dia menjawab masih berada di dalam bilik bersamanya walaupun tidak wujud.

Setelah dilihat dengan lebih dekat, rupanya penduduk tersebut telah mengawet uri anaknya dan disimpan di dalam bilik selama 14 tahun lamanya kerana percaya akan amalan lampau nenek moyang mereka.

Kisah ini kedengarannya agar menyeramkan akan tetapi hakikatnya benar.

“Ini bukan masa untuk menuding jari. Setiap lapisan masyarakat sama-sama sedar tentang betapa pentingnya untuk menyokong usaha untuk mendidik dan mendakwah masyarakat pedalaman yang sudah lama memeluk Islam,” tambah Dr Taufiq.

Kisah gantung uri di pokok bukanlah cerita rekaan, namun tiba masanya untuk setiap lapisan masyarakat membuka mata untuk kembalikan semula sinar Islam yang benar kepada mereka yang memerlukan serta menjauhi segala perkara khurafat yang diamalkan.

Sumber Sinar Islam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related Posts: