Orangnya cantik dan bijak, itu gambaran terbaik buat seorang Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Leftenan Madya Puteri Shazwani Megat Ahmad Shariman yang menjadi pegawai wanita TLDM pertama miliki kepakaran musnah peluru dan bahan letupan pada 2021.
Kisah kejayaan tersebut kembali tular di Twitter @jiwabaik yang memetik catatan daripada Facebook Dr. Zulkifli Hussain, memaklumkan anak jati Kuala Lumpur yang membesar di Ipoh, Perak itu mengakui perlu cepat menyesuaikan diri dan bersedia untuk berdepan dengan sebarang situasi.
Puteri Shazwani ketika ditanya oleh Dr. Zulkifli ketika itu berkata, peranan wanita dalam bidang ketenteraan adalah sama penting walaupun dalam bidang yang majoritinya dipelopori oleh golongan lelaki.
"Jadi golongan wanita pun boleh berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki sekiranya mereka ada kelebihan itu," katanya.
Mengulas lanjut tentang laluan kerjayanya, Puteri Shazwani berkata dia sukakan cabaran dan ingin mencuba sesuatu yang baharu bagi menguji kemampuan diri.
Oleh itu, bidang ketenteraan yang diceburinya itu membuka banyak peluang kepada cabaran dan mengasahkan bakat di dalam dirinya.
Sedikit info tentang Puteri Shazwani, anak kedua daripada lima beradik itu mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan (SK) Raja Perempuan Ipoh, kemudian ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan Ipoh dan menamatkan pelajaran di Maktab Rendah Sekolah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak pada 2012.
Kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia Pertahanan sebelum diserap sebagai Pegawai Kadet Laut di universiti tersebut.
Sumber Majoriti
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Nasihat Media tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.