Mungkin anda merasakan bahawa ibu mahupun bapa yang sudah meninggaI dunia ingin gambar-gambar mereka digantung di dinding rumah sebagai tanda diingati atau setiap barang peninggalan mereka disimpan rapi.
Tidak hairanlah kebanyakan anak cenderung untuk menyimpan barang yang ditinggalkan arw4h ibu atau bapa mereka mahu pun menggunakannya.
Ada pula yang gemar meratapi kehilangan arw4h ibu mahupun bapa seolah-olah ia satu-satunya cara untuk menunjukkan rasa kasih dan sayang.
Tidak kurang juga segelintir anak-anak yang sentiasa meluangkan masa menziarahi kubur dan membersihkan kawasan sekitar seperti mencabut rumput sehingga ada yang sanggup beberlanja ribuan ringgit semata-mata untuk menghiasi kawasan perkuburan.
Bagaimanapun, kesemua yang dilakukan itu bukanlah perkara yang didambakan arwah ibu mahupun bapa.
Berdasarkan perkongsian perunding kewangan, Zafran Mustafa di laman Twitter, hanya empat perkara yang diharapkan daripada anak-anak oleh arw4h ibu dan bapa semasa di alam barzakh.
Justeru katanya, sebagai anak wajib untuk meneruskan bakti dan khidmat kepada arwah ibu mahupun bapa.
“Di sana mereka amat menantikan doa dan kiriman pahala khas daripada kita anak-anak mereka.
“Pahala bacaan surah al-Fatihah yang disedekahan oleh anak-anak setiap hari untuk arw4h ibu bapa.
“Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh, segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi,” ujarnya.
Malah katanya, perkara yang bernilai di alam sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim buat mereka.
Zafran turut berkongsikan perkara yang perlu dilakukan sebagai anak.
1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk arwah ibu dan ayah.
2. Sedekah dan amal jariah yang diniatkan pahalanya untuk arw4h ibu dan ayah daripada seorang anak.
3. Amal soleh yang dilakukan anak-anak hasil didikan mereka.
4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa sahaja kebaikan ibu bapa.
Sumber mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.