Ambil Masa 2 Minggu Nak ‘move on’, Isteri Pertama Rahim Jadikan Kata-Kata Ibu Jadi Sumber Kekuatan

 

Hangat sana sini perkatakan tentang isu poligami, baru-baru ini isteri pertama kepada pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu iaitu Norazlin Abdullah mendedahkan dia telah mengurung dirinya selama dua minggu di dalam bilik selepas suaminya memberitahu bakal bernikah sekali lagi.

Menerusi hantaran video di TikTok Sinar FM, Norazlin atau mesra dengan sapaan Kolin berkata, mustahil untuk dia tidak berasa sedih apabila mendapat tahu berita tersebut.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk melupakan rasa sedih itu selepas dua minggu berkurung.

” Saya percaya semua wanita akan berasa sedih bila tahu suami mahu kahwin dua. Mustahil kalau saya kata tidak sedih.

” Berapa lama masa untuk move on itu bergantung kepada individu, macam saya hanya mengambil masa dua minggu sahaja.

” Sebabnya, Rahim memainkan peranan dia sebagai suami dengan baik. Saya rasa tidak dibuang pun.

” Sepanjang dua minggu itu saya duduk dalam bilik. Saya tak keluar rumah, tak pergi mana-mana.

” Kemudian baru diri saya dah rasa okey. Saya keluar bilik. Terus saya move on dan lupakan perasaan sedih itu,” katanya.

Ambil Masa 2 Minggu Nak ‘Move On’, Isteri Pertama Rahim Jadikan Kata-Kata Ibu Sumber Kekuatan!

Kolin berkongsi mengenai perkara itu ketika menjadi tetamu dalam sebuah segmen di stesen radio tersebut, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Kolin berkata ibunya merupakan individu yang menjadi sumber kekuatan buat dirinya.

” Sumber kekuatan itu mungkin datang daripada ibu saya. Dia pernah pesan dekat saya mengatakan yang setiap orang ada bahagian mereka masing-masing. Mungkin inilah bahagian saya (hidup bermadu).

” Waktu berlaku itu saya senang dengan suami, tak akan saya nak lepaskan dia., tak akan saya nak lepaskan dia. Kami sudah ada keluarga, ada anak-anak. Semua sudut diambik kira dan difikirkan,” tambahnya.

Rahim atau nama sebenarnva Rahim Mat Ali, 49, mempunyai dua orang isteri iaitu Norazlin Abdullah, 43, dan Lily Khay berasal dari Simpang Renggam, Johor.

Pelawak itu dikatakan berkahwin dengan isteri keduanya pada tahun 2015 atas persetujuan isteri pertama dan mendedahkan perkara itu kepada umum setahun kemudian.

Hasil perkahwinan dengan isteri pertama, Rahim dikurniakan empat orang anak iaitu Shafiariza Amira, Aidil Aiman, Airina Shazlein dan Harith Haikal.

Sumber TikTok @sinar_my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.