Kisah 5 Ulama Besar Yang Pernah Dipenjara & DizaIimi Oleh Pemerintah Yang ZaIim

Dalam sejarah Islam, terdapat beberapa orang ulama terkenal yang dipenjarakan walaupun mereka tidak melakukan sebarang kesalahan. Alasan mereka dihukum hanya kerana tidak sependapat dengan pemerintah dan dianggap memberi ancaman. Meskipun begitu mereka tetap terus bertahan dan berjµang meskipun ditekan oleh pemerintah yang zalim. Antara ulama-ulama yang pernah dihukum penjara ialah:

Pertama: Imam Abu Hanifah

Pada zaman khalifah al-Mansur iaitu dalam pemerintahan kerajaan Dinasti Abbasiyah, Imam Abu Hanifah telah disebat dan dipenjara kerana menolak jawatan kadi. Sebelum itu juga di zaman Dinasti Umayyah beliau turut pernah dipenjara oleh khalifah Marwan bin Muhammad yang menjadi penguasa kerana menolak tawaran menjadi hakim.

Imam Abu Hanifah meninggaI dunia ketika berusia 68 tahun ketika berada di dalam penjara. Ada riwayat mengatakan beliau meninggaI kerana memakan makanan yang telah diracuni. Dalam riwayat yang lain menyebutkan, beliau dipukuI di dalam penjara sehingga putµs nyawa.

Kedua: Imam Malik

Imam Malik pernah dihukµm penjara oleh Gabernor Kota Madinah pada tahun 764M kerana mengeluarkan fatwa bahawa hukum talak yang akan dilaksanakan oleh pemerintah tidak sah. Pada ketika itu kerajaan Abbasiyah membuat fatwa iaitu seluruh penduduk perlu taat kepada pemimpin. Siapa pun yang mog0k dan tidak mahu makan akan terjatuh talak atas isterinya.

Fatwa tersebut disanggah oleh Imam Malik yang meriwayatkan hadis bahawa tidak ada talak bagi orang yang dipaksa. Tindakan itu juga menyebabkan beliau ditangkap dan disebat kerana meIawan khalifah Abu Ja’far al-Mansur dan dihumban ke dalam penjara.

Ketiga: Imam Syafie

Imam Syafie iaitu pendokong Mazhab Syafie pernah dituduh menyokong syiah oleh orang yang dengki dengan dirinya iaitu Mutharrif bin Mazin. Mutharrif juga telah mempengaruhi khalifah Harun ar-Rasyid untuk menangkap Imam Syafie dan orang-orang Alawiyin.

Bukan itu sahaja, malah Mutharrif turut memfitnah Imam Syafie terlibat dalam rencana mengganggu-gugat kekuasaan Harun ar-Rasyid. Kemudian Imam Syafie ditangkap. Tangan dan kakinya diikat dengan rantai lalu dibawa berarak di jalanan sebagai seorang yang dituduh melawan kekuasaan khalifah.

Keempat: Imam Ahmad bin Hanbal

Imam Ahmad bin Hanbal pernah disebat dan dipenjara selama 30 bulan oleh Khalifah al-Makmun kerana tidak mengakui bahawa al-Quran adalah makhluk seperti yang diyakini oleh aliran Muktazilah.

Pada ketika itu khalifah al-Makmun sangat menyukai bidang falsafah dan mulai memaksakan pandangannya tentang al-Quran adalah makhluk seperti manusia. Malah beliau turut memaksa para ulama untuk mengikuti pemikirannya.

Namun Imam Ahmad menolak dan meyakini bahawa al-Quran adalah kalamullah dan bukan makhluk. Setelah itu beliau dipenjara namun dibebaskan pada zaman pemerintahan khalifah al-Mutawakkil.

Kelima: Ibnu Taymiyah

Ibnu Taymiyah juga pernah dipenjarakan di Mesir kerana berbeza pendapat dengan ulama lain yang sezaman dengannya. Setelah itu beliau dibebaskan dan kemudian berhijrah ke Syam dan mengajar di Syria. Namun di sini beliau sekali lagi dipenjara selama 5 bulan kerana berbeza pendapat dalam hal persoalan sµmpah dengan talak.

Setelah dibebaskan tidak lama kemudian beliau sekali lagi ditangkap dan dipenjara kembali bersama muridnya yang setia iaitu Ibnu Qayyim al-Jauziyah. Beliau akhirnya jatuh s4kit dan meninggaI dunia.

Begitulah kisah bagaimana para ulama besar dahulu telah dizalimi oleh pemerintah hanya kerana tidak sependapat dengan para penguasa. Walaupun mereka tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah, namun hanya kerana pandangan dan prinsip mereka yang tidak sealiran dan tidak disukai oleh pemerintah yang berkuasa dan mereka dilihat seakan menentang sistem yang ada maka mereka dihukum dengan begitu zalim dan kejam.

Oleh itu tidaklah orang yang dihumban ke dalam penjara dan dianggap salah oleh pemerintah dan sebahagian besar rakyatnya itu sebenarnya orang yang salah. Hakikatnya, ia bergantung pada tafsiran dan pandangan diri sendiri untuk menilai dan mensabitkan seseorang itu sama ada benar-benar bersalah atau tidak.

Wallahu a’lam

Sumber Maslahah Ummah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


 

Related Posts: