Semasa mengerjakan fardu haji pada tahun 2004 lalu, saya dan isteri, Rauyah Sudar, mengalami kejadian yang paling men4kutkan. Ia terjadi ketika kami berada di Mina pada 11 dan 12 Zulhijjah.
Sepanjang kami berada dua hari di situ, berlaku kejadian ribut taufan yang sangat d4hsyat. Ribut itu melanda seluruh kawasan perkhemahan jemaah haji, mengakibatkan banyak khemah yang diterbangkan angin kencang.
Ramai yang terpaksa lari menyelamatkan diri ke kawasan selamat apabila tauf4n melanda. Mereka yang bertɛmpiaran lari itu ada yang mengalami kecedɛraan kecil. Tetapi syukurlah, tidak ada kem4langan jiwa dilaporkan.
Ribut pɛtir berserta hujan lebat itu menyebabkan sebahagian kawasan rendah dinaiki air. Keadaan lalu-lintas mengalami kesɛsakan yang tɛruk. Ketika kejadian itu, saya dan semua jemaah lain masih berada di Mina untuk bermalam dan seterusnya melakukan ibadah melontar di ketiga-tiga jamrah iaitu Jamratul Ula, Wusta dan Aqabah.
Kami mendapat tahu, akibat ribut taufan itu, tempat melontar digenangi air. Tauf4n juga menyebabkan kerosakan kecil pada khemah jemaah haji dari Malaysia. Khemah kami terjongket. Akibatnya, sepanjang hari itu kami tidak berani keluar kerana t4kut terjadi sesuatu yang bvruk.
Hari itu saya dan isteri hanya duduk di dalam khemah, beribadah memohon agar Allah SWT menyelamatkan nyawa kami daripada segala b4haya. Angin taufan dan hujan itu berterusan sehinggalah keesokan harinya.
Pegawai-pegawai Tabung Haji memberitahu kami, ribut tauf4n seperti itu merupakan sejarah kerana jarang kejadian seumpama itu berlaku sebelum ini. Kami juga diberitahu, banjir kil4t turut melanda sekitar Masjidilharam, sekitar kota Mekah, Madinah dan Arafah.
Pada hari berkenaan, jemaah haji dari Malaysia tidak pergi melontar. Kami dinasihatkan supaya pergi pada keesokan harinya. Lagipun, pada hari pertama melontar, ramai jemaah haji dari negara lain berebut-rebut menunaikan tanggungjawab itu dan ini berb4haya kepada keselamatan. Ia boleh menyebabkan jemaah bertolak-tolak dan mengakibatkan ada di antara mereka yang terj4tuh atau hilang.
Daripada cerita rakan-rakan, ramai jemaah yang terjatuh itu tidak sempat bangun untuk menyelamatkan diri kerana jemaah yang ramai sedang bergerak itu tidak mampu untuk berhenti. Jika berhenti atau mengelak, mereka juga akan j4tuh dan dipij4k jemaah lain. Ketika itulah ada yang m4ti atau cɛdera akibat dipij4k.
Saya sendiri pernah mendengar cerita dari seorang rakan bahawa dia pernah memijak m4yat jemaah yang terj4tuh itu kerana tidak ada pilihan. Rɛmpuhan dari belakang terlalu kuat, kalau dia berhenti, alamat dia juga akan terj4tuh dan dipijak jemaah lain. Bagi mengelakkan kesesakan dan bah4ya itulah maka kami dinasihatkan supaya melontar di ketiga-tiga jamrah pada hari kedua iaitu keesokan harinya, pada 13 Zulhijah.
Pada hari berkenaan, jemaah sudah berkurangan dan kami dapat melontar dengan selesa. Saya masih ingat, pada 13 Zulhijah itu, jemaah haji dari Malaysia keluar melontar secara berkumpulan. Sejak awal lagi saya sudah berjaga-jaga dan menasihatkan isteri supaya jangan berenggang dengan saya.
“Jangan lepaskan tangan, bahaya,” pesan saya kepada isteri semasa kami berjalan dalam kumpulan menuju ke tempat mel0ntar.
Saya sentiasa memegang erat tangan isteri. Saya sudah dimaklumkan oleh rakan-rakan, kawasan melontar memang berb4haya. Banyak tempat yang masih basah dan licin. Kalau sesiapa terjatuh, memang tidak ada harapan lagi untuk hidup. Alhamdulillah saya dan isteri berjaya mel0ntar di Jamratul Ulla dan Jamratul Wusta dengan sempurna.
Setelah itu kami terus berpegangan tangan menuju ke Jamratul Aqabah. Dalam perjalanan menuju ke Jamratul Aqabah, tiba-tiba saya lihat jemaah berpusu-pusu keluar untuk melontar. Sangkaan awal bahawa tidak ramai jemaah mel0ntar pada hari berkenaan, ternyata melɛset.
Kelihatan jemaah dari seluruh dunia bergerak dari arah yang sama. Di belakang kami, jemaah sedang beras4k-as4k. Mereka begitu hampir dengan kami.
Saya terus memegang erat tangan isteri. Kami sudah nampak Jamratul Aqabah. Tetapi ketika sedang berpimpin tangan di celah-celah ribuan jemaah, tiba-tiba isteri saya dirɛmpuh dan…Tangan kami terlepas.
Isteri saya tersvngkur apabila sekumpulan jemaah merɛmpuhnya dari arah belakang. Kejadian ini terlalu pantas. Saya hanya mampu melihat isteri saya terlɛntang di atas jalan dan para jemaah lain mula mengasak ke arahnya.
Ketika itu saya hanya terdengar pɛkikan isteri: “MAKKKKKKKKK…” Dalam hati saya berkata, isteri saya dalam b4haya. Pada saat itu saya tahu hanya Allah SWT saja yang berkuasa menyelamatkan nyawa isteri saya daripada dipij4k.
Saya tidak mampu menghalang jemaah yang sedang bergerak bagai gelombang ombak yang sangat d4hsyat. Saya juga tidak berdaya untuk mencapai tangan isteri saya semula.
Tiba-tiba, sebaik isteri menyebut perkataan ‘mak’ saya lihat satu makhluk besar setinggi hampir lima meter berdiri di depan saya. Keadaan fizikal makhluk itu sungguh luar biasa.
Makhluk berkulit hitam itu terus menyambar tangan isteri saya yang sedang terlɛntang. Dia menarik tangan isteri saya supaya isteri saya boleh berdiri semula. Isteri saya cepat-cepat bangun dan memegang tangan saya kembali. Saya terus menenangkannya yang kelihatan gvgup dengan apa yang baru berlaku tadi.
Alhamdulillah, saya bersyukur dan tidak putus-putus menyebut nama Allah SWT kerana makhluk hitam itu telah menyelamatkan nyawa isteri saya. Jika tidak ada makhluk besar itu saya tidak tahu apa yang terjadi kepada isteri saya kerana ketika itu saya betul-betul p4nik.
“Eh,Mana dia” tanya saya kepada isteri apabila mendapati makhluk berkulit hitam dan setinggi hampir lima meter itu hilang entah ke mana.
Kami betul-betul hairan kerana kalau diikutkan, mustahil makhluk setinggi itu hilang daripada pandangan kerana para jemaah lain di bawah paras pinggangnya saja. Tapi itulah yang berlaku, makhluk itu ghaib. Di kiri tidak ada, di kanan, depan dan belakang pun tidak kelihatan.
Kedatangan makhluk besar itu sungguh tidak terduga. Anɛhnya selepas makhluk besar itu menyelamatkan isteri saya, kɛlibatnya tidak kelihatan lagi. Ia muncul dalam sekelip mata, hilang pun dalam sekelip mata. Saya sendiri tidak sempat bersalam dan mengucapkan terima kasih kepadanya.
Kami meneruskan perjalanan. Tetapi sepanjang berjalan menuju ke Jamratul Aqabah, fikiran saya terus memikirkan tentang makhluk besar itu. Wajahnya terbayang di ruang mata saya. Makhluk hitam itu memakai pakaian serba putih.
Saya cuba mencari makhluk itu, ternyata tiada manusia sebesar dan setinggi itu ditemui sekitar Jamratul Aqabah. Pulang ke khemah selepas menunaikan ibadah tersebut, saya bertanya kepada isteri, siapakah yang menyambar tangannya sewaktu dia terlentang di atas tanah berhampiran Jamratul Aqabah. Tapi isteri saya tidak tahu kerana ketika itu keadaan kɛlam-kabut.
Isteri saya hanya nampak makhluk yang bertubuh besar, tinggi dan hitam itu tiba-tiba saja muncul di sisinya selepas dia menyebut perkataan ‘mak’. Makhluk itu juga tersenyum ketika menarik tangannya.
Siapakah makhluk itu. Manusia, J1n, Atau Malaikat.
Semasa pulang ke tanah air, barulah saya tahu, semasa kejadian anɛh yang menimpa kami di Mina itulah Tsµnami paling d4hsyat melanda Aceh dan pulau-pulau Indonesia serta sebahagian kecil negara kita.
Sumber Haji Tumin Amat
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.