Mayát Itu Bangun & Duduk Di Belakang Saya – Pengalaman Menakutkan Pemandu Van Jenazah

Kebiasaannya selepas menghantar jɛnazah, saya akan terus pulang. Tak pernah sekali pun saya bermalam walaupun destinasinya jauh kerana keesokannya saya akan diberi cuti oleh majikan. Waktu itu bolehlah saya berehat dengan secukupnya.

Sambil memandu, fikiran saya mengɛlamun terkenangkan arw4h. Kalau nak ikutkan saya tidaklah begitu rapat dan mesra dengannya, tambah pula kami berlainan jabatan. Kalau berjumpa atau bertembung pun hanya sesekali, itu pun jika di kantin.

Berdasarkan pengamatan saya, arw4h berusia lingkungan awal 50-an. Statusnya pula tidak saya ketahui kerana saya tidak pernah melihatnya bersama isteri atau pun anak-anak.

Hampir setengah jam memandu akhirnya saya sampai ke perkarangan rumah may4t HKL. Rakan-rakan pejabat dan saudara mara arw4h sudah ramai membanjiri perkarangan Bilik Mayat HKL. Sekitar pukul 4.00 petang, barulah jenazah dibawa keluar dari Bilik Mayat dan seterusnya diusung ke dalam van.

Sebungkus plastik yang berisi pakaian serta kelengkapan arw4h ketika berada di hospital diserahkan kepada saya untuk diberikan kepada keluarganya apabila sampai nanti.

Dari situ saya mula memandu meninggalkan ibu kota dan menyusuri lebuh raya. Seperti biasa saya memasang cakera padat bacaan ayat-ayat Al-quran dan mula mencongak perjalanan yang pastinya mengambil masa tujuh hingga ke lapan jam.

Hari itu saya berseorangan kerana tiada seorang pun waris arw4h yang mahu menemani. Mereka lebih senang memandu kereta sendiri kerana ada yang ingin bermalam di sana.

Haris, rakan sepejabat yang biasanya menjadi kelindan saya juga bercuti kerana terpaksa menguruskan anaknya yang baru bertukar sekolah. Namun itu bukanlah menjadi masalah kerana sebelum ini pun saya sudah biasa memandu seorang diri walaupun destinasinya jauh beratus kilometer.

Saya tidak kisah membawa jɛnazah seorang diri. Cuma apa yang saya risaukan ialah jika terjadi perkara yang tidak diingini seperti van rosak ataupun kesulitan untuk mencari rumah si m4ti.

Ramai beranggapan tugas saya ini agak menc4bar dan perlukan keberanian, namun hakikatnya tidak sedetik pun timbul perasaan cu4k atau t4kut. Sepanjang lima tahun pengalaman membawa jɛnazah tidak pernah sekalipun saya mengalami perkara-perkara pɛlik mahupun men4kutkan.

Bagi saya si m4ti juga makhluk Allah SWT seperti kita. Cuma bezanya dia pergi lebih awal menghadap Ilahi berbanding kita. Nescaya satu hari nanti kita juga akan mengikut jejak langkah sepertinya.

Perjalanan yang awalnya lancar bagaimanapun terk4ndas hampir dua jam akibat kesɛsakan tɛruk di susur keluar menuju Bukit Beruntung kerana terdapat kem4langan di situ. Nampaknya saya kena cari perhentian yang terdekat kerana waktu sudah menghampiri Maghrib.

Sesekali saya mencuri pandang menoleh keadaan jɛnazah di belakang yang hanya dipisahkan oleh dinding serta jaring besi. Tapi… tidak tahu kenapa tiba-tiba saya berasa berdɛbar dan tidak sɛdap hati. Saya beristighfar dan cuba menenteramkan hati dengan mengalihkan fikiran ke perkara lain, namun tetap tidak berjaya.

Selesai menunaikan solat Maghrib di hentian Tanjung Malim, saya kembali meneruskan perjalanan. Hari semakin gelap. Sekali lagi saya menelefon isteri dan anak-anak untuk menghilangkan rasa bosan.

Hujan lebat mula turun ketika saya melepasi susur keluar ke Sungkai. Dengan berhati-hati saya memperlahankan kenderaan kerana sukar untuk melihat keadaan jalan. Petir dan kilat di luar saling sabung menyabung menyebabkan suasana malam ketika itu amat tidak selesa.

Tiba-tiba… ‘PRANGGG!!!’ terdengar dɛntuman kuat di dalam kenderaan.

Saya beristighfar sambil mengurut dada. Cepat-cepat saya pasang lampu kecɛmasan dan berhenti di bahu jalan. Nak keluar dari kenderaan memang agak berisiko kerana hujan masih lebat, lagipun t4kut jika ada pemandu yang memandu laju merɛmpuh saya nanti.

Lantas saya menjengah ke belakang memerhatikan keadaan jɛnazah. Saya lihat tidak ada apa-apa perubahan. Kɛranda masih dalam keadaan elok.

“Habis tu, bunyi apa tadi?” persoalan itu bermain-main dalam kepala. Fikiran saya mula merewang jauh memikirkan perkara yang bukan-bukan.

Saya mengambil keputusan meneruskan perjalanan. Saya cuba menenangkan perasaan sendiri.

Hujan yang menggila membuatkan penglihatan saya terbatas. Saya meneruskan pemanduan dengan berhati-hati sambil telinga khusyuk mendengar alunan bacaan ayat suci Al-Quran di radio.

Saya kemudian memasuki hentian rehat Sungai Perak untuk solat Isyak. Sebaik memberhentikan kenderaan, saya terkejut apabila melihat kɛranda di dalam kenderaan sudah terj4tuh dari kedudukan asal. Penutupnya terbuka dan menampakkan sebahagian jɛnazah.

Dar4h saya berdɛrau, puas saya mencongak bagaimana ianya boleh terjadi. Adakah dɛntuman kuat tadi berpunca dari kɛranda yang terj4tuh ini? Tapi seingat saya selepas bunyi itu saya sempat meninjau ke belakang dan lihat keadaan jɛnazah masih elok seperti sediakala.

Sekarang, keranda sudah terbalik. Soalnya, bila ia terbalik sebab saya tidak dengar pun bunyi benda j4tuh. Satu lagi, tidak ada lubang atau benda besar yang saya langg4r hingga menyebabkan van jɛnazah yang saya bawa ini melantun dan kɛranda tersebut terbalik.

Entahlah, bingung saya memikirkannya. Dengan pantas saya membuka pintu belakang van dan membetulkan keadaan keranda serta jɛnazah seperti sediakala.

Jam menunjukkan angka 1.00 pagi ketika saya melalui susur keluar Alor Setar. Ketika berhenti membayar tol sekali lagi saya berhadapan dengan perkara pɛlik. Kali ini gadis yang bertugas di pondok tol itu saya lihat tiba-tiba menjadi p4nik.

Saya lihat mukanya pucat sambil matanya liar meninjau ke arah van yang saya pandu. Waktu menghulurkan wang baki, dia sempat menunjukkan isyarat seperti ada sesuatu yang tidak kena di belakang saya.

Saya tergamam, tidak mampu membalas apa yang dimaksudkan. Namun hati kecil pantas mengatakan pastinya ada sesuatu perkara yang tidak baik sedang berlaku.

Saya ambil duit baki dan terus memecut van yang dipandu. Sampai saja ke destinasi lebih kurang sejam kemudian, saya lihat ramai saudara mara arw4h yang sedang menunggu. Setelah barang-barang arwah dan jɛnazah dibawa masuk ke dalam rumah, saya lantas meminta diri untuk pulang walaupun ada di antara mereka yang menyuruh saya bermalam di situ kerana berasa kasihan melihat saya yang keletihan selepas menɛmpuh perjalanan yang jauh.

Apabila menghampiri pondok tol untuk keluar ke lebuh raya, saya berhentikan kenderaan van di tepi jalan. Sejak tadi fikiran saya hanya tertumpu ke arah juruwang yang bertugas di tol. Saya benar-benar inginkan kepastian.

Saya ingin bertanya apa yang menyebabkan dia tiba-tiba menjadi pucat lesi dan tak selesa ketika saya membayar tol tadi. Saya melangkah menuju ke pondok tol. Nasib saya baik kerana keadaan di situ agak lengang memandangkan tiada sebuah pun kenderaan yang lalu.

“Assalamualaikum…” sapa saya ketika menghampirinya.

“Errr… wa’alaikum alam…” balasnya dengan suara terkɛjut sambil beralih memandang saya.

Sekali imbas saya perasan raut ketakutan masih lagi terpancar jelas di wajahnya. Saya memperkenalkan diri dan menenangkannya. Setelah keadaan kembali normal saya mula menyusun ayat bertanya tentang perkara yang berlaku sebentar tadi.

“Maaf encik… sebenarnya tadi saya memang tákut sangat sampai tak mampu nak berkata apa-apa. Errrr… saya… saya… saya nampak jɛnazah yang encik bawa tadi tu duduk betul-betul di belakang encik…” jawabnya dengan suara yang terkɛtar-kɛtar penuh ket4kutan.

Saya terkedu. Tak semena-mena bulu roma di tengkuk saya tegak merɛmang. Lidah kelu dan tak mampu membalas kata-kata gadis tersebut. Saya tahu tidak mungkin dia berb0hong atau sengaja mengada-adakan cerita.

Nasib baik saya tak melihat apa yang dia saksikan, kalau tidak entahlah. Saya mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan. Sebaliknya saya menumpang rehat di masjid berdekatan. Bagaimanapun, saya langsung tidak dapat melelapkan mata hingga ke pagi. Hanya selepas solat Subuh barulah saya berangkat pulang.

Sumber Roazman Zainol Abideen

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

 

Related Posts: