Dari Abu Hurairah katanya Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang mendatangi rumah ini (menunaikan haji atau umrah) tanpa mer0sakkannya dengan perbuatan dan perkataan kot0r, serta tidak membuat maksi4t maka dia kembali pada keadaannya seperti baru lahir (bersih dari d0sa).”
Menurut Pensayarah Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Amzan Satiman, haji mabrur pahalanya adalah syurga dan apabila aj4lnya sampai di sana maka ia akan mendapat syurga. Sesiapa yang mengerjakan haji dan tidak melakukan maksi4t akan diampunkan d0sanya dan seperti bayi baru lahir.
Kita selalu berdoa serta memanjatkan pengharapan penuh agar tergolong di kalangan orang yang disebutkan di dalam hadis itu.
Akan tetapi, bagaimana pula yang hajinya belum habis tetapi sudah dipanggil menghadap Sang Pencipta? Adakah hajinya juga mendapat seperti yang dijanjikan di dalam hadis tadi. Rasulullah SAW bersabda:
“Barang siapa keluar melaksana haji lalu dia m4ti nescaya akan dicatat pahala haji hingga kiam4t. Barang siapa yang melaksanakan umrah lalu dia m4ti maka nescaya akan dicatat pahala umrahnya hingga kiam4t. Dan barang siapa yang berper4ng di jalan Allah lalu dia m4ti maka dicatat Allah pahala orang yang berjµang hingga kiamat.”
Ada satu lagi hadis, Dari Ibnu Abbas katanya:
“Seorang lelaki jatµh dari unta ketika ihram lalu patah lehernya dan meningg4l. Maka bersabda Rasulullah SAW:
“Mandikan dia dengan air yang dicampurkan daun sidir (bidara) kemudian kafani dengan kedua kain ihramnya; kerana sesungguhnya Allah akan membangkitkannya kelak di hari kiam4t dalam keadaan membaca talbiyah (sedang mengerjakan haji).”
Pahala orang yang meningg4l ketika mengerjakan haji akan berpanjangan hingga kiam4t. Adakah haji atau umrahnya perlu disempurnakan oleh warisnya? Mengenai hal itu pula, Amzan berpendapat jika seseorang meningg4l semasa mengerjakan haji atau umrah maka tidak perlu disempurnakan haji atau umrah bagi pihaknya.
Begitu juga tidak perlu dilakukan sekali lagi oleh warisnya. Ia bersesuaianlah dengan hadis yang disebutkan di awal tadi. Rasulullah SAW tidak menyebut langsung agar disempurnakan haji lelaki yang meningg4l tadi. Walau bagaimanapun jika ada yang ingin melakukan haji bagi pihaknya tidak menjadi kesalahan sebagai langkah berhati-hati.
UPAH ROB0T MENGERJAKAN HAJI.
Bolehkah robot melakukan haji bagi kita? Mungkin suatu hari nanti kita mencipta robot yang sebiji macam manusia. Ketika itu bolehkah kita upah robot melakukan haji untuk kita? Robot yang dicipta itu cukup canggih hingga boleh berfikir seperti manusia dan ada perasaan.
Mengenai hal itu pula, Amzan berpendapat tetap tidak boleh kerana robot itu bukan mukalaf. Salah satu syarat sah haji adalah mukalaf iaitu berakal dan baligh. Walaupun suatu hari nanti robot yang kita cipta itu mempunyai tahap kebijaksanaan yang tinggi tetap tidak boleh.
Ia tidak mencukupi syarat mukalaf walaupun robot itu sebiji macam manusia tetapi dari segi hukµm hakamnya tidak sampai kepadanya. Maksudnya hukµm hakam Allah tidak tertakluk kepada robot kerana hukum Allah SWT hanya ditujukan kepada manusia dan jin.
Tidak masuk dalam ciri mukalaf kerana bukan manusia yang sejati malah al-Quran pun menyebut ‘wahai manusia’ dan tidak pernah disebut ‘wahai robot’.
Mengerjakan haji juga seperti ibadat yang lain perlu menghadirkan diri, hati, minda dan menuntut khusyuk. Memandangkan robot itu tidak mempunyai hati dan fikiran, jadi tidak boleh untuknya mengerjakan haji bagi pihak manusia.
Satu lagi alasan yang boleh difikirkan adalah niat. Untuk itu memang robot tidak boleh diambil kira langsung dalam soal niat. Semua amalan kita berdasarkan niat seperti disebut di dalam hadis Rasulullah SAW bersabda:
“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantµng kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barang siapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan Rasul Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul Nya. Barang siapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.” (HR Muslim).
Wallahu a’lam.
Sumber Feqh Muassir
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.