Amaran Rasulullah! Akan Tiba Saatnya AkaI Manusia Dicabut & Umat Islam Menjadi seperti Bani IsraeI

Dr. Mohd Arif Nazri, Pensyarah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), menjelaskan, para ulama berpendapat,

“Mempertahankan diri dari Muslim yang lain hanya harus, tidak wajib tapi jika mempertahankan dari dibunµh oleh k4fir ia adalah wajib.”

Apabila persengketaan antara Muslim atau berlaku pertentangan antara kedua-duanya maka lebih baik mengelak. Itulah Nabi pesan,

“Apabila berlakunya fitnah ketegangan semakin meruncing dan kamu ada senjata maka senjata kamu itu tumpulkan atau patahkan.”

Jangan mencari sebab-sebab untuk memarakkan lagi persengketaan. Bukan bermakna menyerah kalah tetapi mengelak dengan tidak melawan. Apabilanya fitnah sesama Muslim, Nabi bersabda,

“Orang yang duduk lebih afdal daripada orang yang berdiri, orang yang berbaring lebih afdal daripada orang yang duduk.”

Apa maksudnya? Orang yang berdiri sibuk tertinjau apa yang berlaku tetapi orang yang duduk tidak kuasa untuk mengambil tahu apa yang berlaku itu lebih afdal. Dengan kata lain, ia adalah lebih afdal mengelak daripada terlibat dengan fitnah perkelahian atau pembunuhan antara Muslim dengan Muslim sebab ia akan mengheret kita kepada neraka Allah.

“Saya suka mengaitkan isu persengketaan antara dua Muslim dengan kisah yang berlaku di dalam al-Quran tentang dua orang anak Nabi Adam. Firman Allah di dalam surah Al-Maa’idah: 28,

“Demi sesungguhnya jika engkau menghulurkan tanganmu kepada ku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah Tuhan yang mentadbirkan sekalian alam.”

Itulah seharusnya sikap seorang Muslim apabila timbul persengketaan sesama Muslim, hendaklah ia mengelak daripada berlaku pertumpahan darah. Nyawa manusia ini adalah salah satu objektif syarak yang perlu dijaga.

Maqasid syariat

Syariat Islam itu adalah untuk menjaga lima objektif utama iaitu menjaga agama, nyawa, akal, harta dan keturunan. Inilah lima perkara yang Allah perintahkan untuk dijaga. Begitu juga rusuhan yang berlaku pada hari ini ia adalah haram kerana secara tidak langsung mengganggu gugat dua daripada objektif syarak iaitu nyawa dan harta.

Apatah lagi apabila ia melibatkan orang bukan Islam, ia akan mengganggu-gugat agama. Tiga objektif utama yang telah terdedah kepada kemudaratan apabila berlakunya rusuhan iaitu nyawa, harta dan agama. Mungkin ia akan menjadi empat apabila semua orang sudah hilang akal kerana beremosi apabila manusia telah diapi-apikan untuk terus marah.

Di dalam sebuah riwayat disebutkan,

“Sungguh, menjelang terjadinya kiamat ada masa-masa haraj.” Para sahabat bertanya: “Apakah haraj itu?” Baginda bersabda, “Pembunuhan.” Mereka bertanya, “Apakah lebih banyak jumlahnya dari orang yang kita bunuh? Sesungguhnya kita dalam satu tahun membunuh lebih dari 70 ribu orang?” Beliau bersabda,

“Bukan pembunuhan orang-orang musyrik oleh kalian itu, tetapi pembunuhan dilakukan oleh sebahagian kalian terhadap sesamanya.” Mereka bertanya, “Apakah pada masa itu Kami masih berakal?” Beliau menjawab, “Akal kebanyakan manusia pada zaman itu dicabut, kemudian mereka dipimpin oleh orang-orang yang tidak berakal, kebanyakan manusia menyangka para pemimpin itu memiliki pegangan, padahal sama sekali tidak demikian.”

Pembunuhan sesama Muslim pada asasnya adalah kerana inginkan kuasa, harta dan pengaruh. Walaupun ketika itu masih mempunyai akal dan tahu membunuh adalah haram tapi pembunuhan tetap berlaku. Di situlah letaknya kebenaran kata-kata Rasulullah bahawa akal manusia pada akhir zaman sudah dicabut.

Akal manusia dicabut

Bagaimana tercabutnya akal? Ia berlaku apabila manusia mengikut hawa nafsu, emosi, jauh dari agamanya dan mereka bijak tapi jahil. Antara ujian bagi orang yang tidak lagi beragama maka Allah jadikan orang yang zalim sebagai ketua mereka. Sebab itulah Nabi selalu berdoa,

“Ya Allah, jangan Engkau jadikan orang yang tidak takutkan Engkau sebagai ketua kami.”

Jadi, penguasaan orang zalim adalah antara akibat daripada dosa-dosa manusia. Apakah kezaliman yang membawa terlantiknya orang-orang zalim sebagai ketua, tidak ada lagi amar makruf nahi mungkar. Hadis Nabi ada menyebut,

“Kamu akan kembali jadi seperti bani Israel di kalangan mereka ada yang melakukan amar makruf nahi mungkar tetapi apabila mereka melakukan amar makruf nahi mungkar mereka diingkari akhirnya mereka malas untuk melakukan amar makruf nahi mungkar. Maka berlaku kemaksiatan dan malapetaka dan ketika itu doa kamu tidak lagi didengar oleh Allah.”

Pastinya, kita tengok pada hari ini semua orang berdoa dengan solat hajatnya tapi seolah-olah doa itu sudah tidak didengari lagi kerana kita sudah lupa untuk menegakkan amar makruf nahi mungkar di dalam kehidupan seharian..

Kembali semula kepada zaman dahulu apabila seseorang patuh pada pemimpin jahatnya dan mereka mentaati pemimpin kami dan merekalah yang menyesatkan. Sebab itulah kita sentiasa berdoa,

“Ya Allah sentiasa jadikan kami imam kepada orang-orang bertakwa.”

Hari ini kita bersangka baik dengan pemimpin jahat yang ada kerana menyangka pemimpin mempunyai pegangan agama. Itulah yang menyebabkan kita sesama kita saling bermusuhan.

Wallahu a’lam

Maslahah Ummah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


 

Related Posts: