Suasana begitu berlainan sekali malam ini. Tubuh saya tiba-tiba terangkat ke udara. Bagaikan sehelai kapas, perlahan-lahan saya terapung seperti sebiji belon dan terawang-awang. Dalam jarak kira-kira 10 meter di udara, saya menatap jas4d seorang lelaki yang terkapar sendirian di atas katil.
Saya pandang batang tubuhnya yang kurus kering bagaikan hanya dilapisi sedikit daging. Apa yang engkau makan? Apa yang engkau minum sampai badanmu kurus kering?.
Saya perhatikan pula rambutnya yang panjang. Marah, saya terus marah, Bukankah kau lelaki? Kenapa rambutmu panjang macam perempuan? Kenapa biarkan rambutmu kusut masai tidak terurus?.
Dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, saya tatap tubuh yang terkapar sendirian itu. Saya tidak suka pada lelaki kurus itu. Hina, Saya pandang hina tubuh itu.
Lantas saya tatap wajahnya. Ya Allah, AKU! Lelaki itu adalah saya! Wajahnya, matanya, ulas bibir, kening dan hidungnya serupa dengan saya.
Ya Allah…
Saya menggeletar ketakutan. Kenapa badan aku terapung? Kenapa? Adakah aku sudah m4ti? Adakah sebentar lagi aku akan pergi menghadap Il4hi?
Jangan! Jangan tinggalkan jasadku. Aku belum mahu m4ti. Allah, jangan c4but nyawa aku. Jangan! Wahai roh, jangan tinggalkan jasadmu terkapar seorang diri. Aku belum mahu matiii. Walaupun jasadku itu hina dan k0tor, tapi aku belum mahu mati. Aku mahu bertaubat. Aku mahu bertaubatttt…!!!
Tiba-tiba saya tersentak. Saya pandang keliling. Gelap. Astaghfirullah hal azim… rupa-rupanya saya bermimpi. Saya terkapar di atas katil seorang diri seperti dilihat dalam mimpi sebentar tadi.
Saya mengucap panjang. Saya urut dada yang berdegupan kencang dibvru rasa takut bukan kepalang. Nasib baik saya masih hidup, kalau tidak, m4tilah saya dalam keadaan h1na dan k0tor.
Saya termenung di atas katil. Perasaan marah dan j1jik dengan tubuh saya ini menerpa kembali dalam fikiran.
Saya pegang tangan yang kurus ini. Besar betul rahmat yang Tuhan berikan, tapi apa yang telah aku buat dengan tangan ini selama hayatku ini? Saya menggeletar.
Saya usap pipi yang cengkung, kemudian beralih ke bibir. Besar sungguh manfaat mulut yang Tuhan kurniakan. Tapi mulut ini telah kugunakan untuk apa? Kalimah apa yang telah aku tuturkan? Makanan dan minuman apa yang telah kusuapkan ke mulut?.
Ya Allah! Ampunkan aku, ampunkan akuuuu!!!
Saya termenung lagi memandang keliling yang gelap gelita. Ah, begini rasanya hidup dalam gelap-gelita. Semuanya hitam pekat. Alangkah besarnya nikmat mata yang Allah limpahkan, tapi mata ini telah kugunakan untuk apa? Apa yang aku pandang selama hayatku ini?
Tidak sedar air mata saya menitis mengingat betapa banyaknya d0sa yang telah saya lakukan. Ya, Allah, jauhnya saya terpes0ng. Kerap benar mata ini saya gunakan untuk melihat benda-benda kej1.
Tangan ini saya gunakan untuk memegang benda-benda yang Kau h4ramkan. Kaki ini saya langkahkan ke tempat-tempat maks1at, bukan ke masjid dan surau.
Rambut ini… seperti p0ntianak!
Mimpi itu mengh4ntui perasaan saya yang sememangnya sedang bercel4ru. Saya takut kalau-kalau mimpi sebentar tadi menjadi petanda nyawa saya akan mel4yang tidak lama lagi.
Mimpi itu memburu saya walau ke mana sekalipun saya pergi, dan beberapa malam kemudian saya lihat pula datuk yang saya sayangi, Haji Daud namanya, duduk merenung saya. Wajahnya serius. Dia memandang saya dari kepala hingga ke kaki seolah-olah mahu memarahi saya.
Saya diam membisu. Rasa bersalah dengan d0sa yang telah dilakukan menyiat-nyiat dada saya ini. Saya tahu, datuk kesal kerana saya tidak mengikut nasihatnya supaya menjadi seorang alim. Saya abaikan impiannya itu, sebaliknya hanyut dalam dunia muda yang k0tor dan penuh maks1at. Saya tahu datuk marah kerana ajaran agama yang diberikannya dulu saya sia-siakan.
Selepas lama merenung saya dengan wajah marah, tubuh datuk yang bersalut kain kapan itu lenyap tiba-tiba. Ketika itulah juga saya terjaga dari tidur. Sekali lagi saya menangis semahu-mahunya. Ya Allah, apa yang telah aku lakukan selama ini?
Malam itu saya sedekahkan al-Fatihah buat datuk dan berdoa semoga dia berbahagia di alam b4qa. Saya kesal kerana datuk begitu menyayangi saya, tapi saya hampakan harapannya.
Saya sisihkan tunjuk ajar datuk tentang tauhid, al-Quran, adab dan fikah, sebaliknya hanyut dalam dunia maks1at yang mengkh4yalkan. Datuk mahu saya berkopiah, tapi saya simpan rambut panjang. Saya bangga dengan rambut menggerbang.
Saya kesal kerana langsung tak menjenguk datuk ketika dia n4zak. Waktu terlantar kerana sak1t tua datuk menyebut-nyebut nama saya, ingin benar dia menemui cucunya ini. Datuk ingin sangat menatap wajah saya sebelum dia meningg4l dunia. Tapi saya tidak pedulikan.
Hinggalah datuk menghembuskan n4fas terakhir, saya tiada di sisinya. Entah ke mana saya pergi dengan kawan-kawan. Bila pulang, datuk sudah berada di dalam pus4ra. Saya tidak berasa sedih sangat, hinggalah malamnya.
Air mata ini masih menitis. Lantas saya pohonkan keampunan daripada Allah di atas segala d0sa yang telah dilakukan. Bertahun-tahun saya bergelumang dengan perbuatan j1jik dan sia-sia, lantas di malam ini aku bermohon pada-Mu ya Allah, ampunkanlah d0saku. Pimpinlah aku ke jalan yang Kau redhai.
Saya ambil wuduk dan di atas sejadah saya lakukan solat. Pada malam yang hening itu juga saya buka lembaran al-Quran dan mengaji. Ayat demi ayat saya lafazkan dalam suara terketer-ketar kerana sudah terlalu lama saya lupakan kalimah-kalimah Allah itu.
Saya kesat air mata dengan hujung lengan, tapi ia terus juga menitis hingga jatuh ke atas lembaran al-Quran.
Esoknya saya ke Masjid ar-Rahman, tidak jauh dari rumah saya di Kampung Gunung Mesah Hilir, Gopeng, Perak. Penduduk kampung terkejut. Betul ke kutu ber4hak yang hidup tidak tentu hala, yang suka dengan maks1at dan dosa, kini melangkah masuk ke masjid? Semua mata memandang ke arah saya.
Tidak saya pedulikan, sama ada mereka s1nis atau gembira, lantaklah. Yang penting saya ingin kembali menghadap Allah yang telah lama saya lupakan. Saya ingin menebus dosa.
Maghrib itu saya sembahyang dengan begitu khusyuk. Untuk pertama kalinya juga saya berdoa dengan sesungguh hati, moga disucikanlah d0sa hamba-Mu yang kej1 ini.
“Saya takkan buat benda-benda tu lagi, pak cik,” ikrar saya di depan seorang penduduk sekampung, selepas kebanyakan jemaah pulang ke rumah.
Lelaki berusia 60-an itu pegang bahu saya. Baguslah katanya. Itulah yang dia mahukan.
“Engkau ni daripada keluarga orang agama, kami terkejut bila engkau buat benda-benda tu semua. Kalau kau nak berubah, baguslah,” dia memberi nasihat agar saya terus istiqamah.
Benar, datuk dan nenek saya adalah keluarga orang alim. Arw4h bapa saya pegawai besar Tabung Haji. Sejak kecil dia mendidik kami dengan agama. Dia mahu kami jadi orang baik-baik, kembangkan agama Allah. Tapi akibat terlalu asyik dengan dunia muda-mudi, saya terpes0ng.
Sehinggalah ayah meningg4l dunia di Mekah, saya masih hanyut dalam d0sa dan hidup yang mengkh4yalkan.
Saya ceritakan kepada lelaki yang berusia 60-an itu tentang mimpi-mimpi yang saya alami dan betapa saya bersyukur kerana mimpi tersebut hadir ketika saya sedang mencari-cari jalan hidup yang bakal dilalui.
“Banyak betul d0sa saya. Tubuh saya ini k0tor” ulang saya lagi sebelum kami berpisah.
Bermula malam itu, di masjidlah tempat saya kunjungi. Bila masuk waktu, lelaki itu minta saya laungkan azan. Katanya, gunalah suara yang merdu ini untuk melaungkan kalimah-kalimah memuji Ilahi, yang mengajak orang lain ke arah kebaikan.
Lalu bergemalah suara saya di corong pembesar suara Masjid ar-Rahman dengan laungan azan. Sepanjang melaungkan seruan solat itu, beberapa kali ingatan saya berputar kepada kenangan di zaman kanak-kanak. Dulu saya memang tukang azan. Datuk dan ayah kata, suara saya merdu. Cukup bagus kalau jadi bilal. Kalau jadi imam, lagi elok. Tapi saya hampakan mereka.
Azan itu saya sudahkan dengan perasaan yang cukup sebak. Selepas solat saya buka naskhah al-Quran dan baca ayat demi ayat di setiap lembarannya.
Saya tinggalkan terus hidup muda-mudi yang penuh kek0toran dan kembali menyerah diri kepada keagungan Ilahi. Saya dalami semula ilmu-ilmu agama yang telah lama ditinggalkan. Saya baca sirah nabi dan para sahabat, perhalusi semula ilmu tauhid dan fikah.
Sudah lebih 20 tahun mimpi yang menginsafkan itu berlalu. Hidup saya sudah berubah. Rambut yang panjang seperti p0ntianak sudah saya potong kemas agar saya kelihatan seperti lelaki sejati.
Suara ini saya mahu gunakan untuk mengajak manusia mendekatkan diri kepada Allah. Bila dijemput menyampaikan ceramah, saya takkan lupa menceritakan pengalaman dulu sebagai pengajaran. Saya sampaikan pesanan agar anak-anak muda tidak tersilap langkah seperti saya.
Saya alunkan lagu-lagu yang memuji kebesaran Ilahi, menghiburkan masyarakat dengan keagungan Islam, bukannya lagu-lagu cinta, rindu, keseronokan muda-mudi seperti yang pernah saya lakukan dulu.
Saya bermohon kepada Allah, panjangkanlah usia saya ini agar dapat saya tebus dosa-dosa yang lalu.
‘Saya’ dalam cerita di atas adalah Akhil bin Haji Abdul Hayy, bekas vokalis kumpulan rock D’Riyadh yang popular sekitar awal 1990-an. Beliau kini bergerak sebagai penceramah bebas dan turut menghiburkan orang ramai dengan nyanyian berunsur ketuhanan. Mimpi yang dialaminya itu berlaku ketika Akhil kembali ke kampungnya selepas kecewa dengan kehidupan di Kuala Lumpur yang merosakkan dirinya.
Sumber Majalah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.