“Berbangsa Cina, Jadi kenapa namanya Hassan & Abu” – Emak Melayu & Anak Cina Tersayang, Kasih Tanpa Syarat

 

Kasih sayang tanpa syarat. Meski berbeza bangsa dan agama, seorang ibu Melayu mengasuh dan menjaga serta melayan 2 anak asuhan berbangsa Cina dengan penuh kasih sayang, tidak dibezakan bersama anak kandungnya yang lain.

Kisah menyentuh hati tentang masyarakat harmoni berbilang kaum ini dikongsikan oleh Puan Mary Anni menerusi laman Facebooknya. Berikut kongsi beliau:

Semasa saya di sekolah menengah, emak saya mengambil upah sebagai pengasuh. 2 anak asuhan emak yang paling saya ingati ialah Hassan dan Abu.

Hassan dan Abu adalah dua anak lelaki berbangsa Cina yang emak jaga semenjak mereka berusia 2 tahun.

Berbangsa Cina? Jadi kenapa namanya Hassan dan Abu?

Mungkin kerana nama mereka dalam bahasa Cina tidak mudah untuk emak ingati, nama Hassan dan Abu menjadi nama timangan emak berikan kepada mereka.

Paling menarik, nama tersebut melekat dan disenangi sehingga ahli keluarga Hassan dan Abu turut memanggil mereka dengan nama yang sama.

Emak menjaga dan menyayangi Hassan dan Abu seperti anak sendiri. Makan bersuap, tidur di riba, mandi diurus dan bermain sekali dengan adik-adik saya yang masih kecil ketika itu.

Kami 9 beradik tidak langsung berasa janggaI dengan kehadiran Hassan dan Abu di rumah.

Kami diajar untuk mengasihi mereka walaupun jelas berbeza bangsa dan agama. Emak mengajar kami untuk menerima Hassan dan Abu sebagai ahli keluarga.

Hassan dan Abu amat manja dan menyayangi emak. Sehinggakan ada hari-hari (berlaku lebih dari sekali) di mana mereka mahu bermalam di rumah kami kerana berasa begitu senang dan seronok, tidak mahu balik walaupun ayah dan ibunya sudah menunggu lama di laman rumah untuk mengambil mereka.

Emak terpaksa beritahu ayah dan ibu mereka, “Sori… Hassan dan Abu tidak mahu balik”.

Ayah dan ibu mereka okay sahaja, mereka tidak risau akan keselamatan Hassan dan Abu. Cuma mereka risau Hassan dan Abu menyusahkan emak.

Apabila emak yakinkan mereka bahawa emak tidak berasa susah walau sedikit pun, mereka balik dengan hati yang lapang.

Esok mereka akan datang mencuba untuk memujuk Hassan dan Abu untuk balik. Kadang-kadang berjaya dipujuk, kadang-kadang tidak.

Pernah juga Hassan dan Abu berbuka puasa bersama kami sekeluarga, bermalam di rumah kami di malam raya, bermain bunga api dan sama-sama teruja menunggu kedatangan hari raya pada esok harinya.

Hassan dan Abu panggil emak dengan panggilan “emak”, panggil ayah saya dengan panggilan “ayah” dan nenek saya dengan panggilan “nenek”. Mereka tidak dibezakan.

Melalui pengalaman bersama Hassan dan Abu, saya belajar daripada emak untuk melayan semua orang dengan cara terbaik.

Tidak perbezaan kelas. Tiada diskrimin4si. Tiada perk4uman. Tiada keta,kutan. Tiada benci. Tiada sangsi. Tiada tu,duh menu,duh.

Yang banyak ada adalah rasa hormat, rasa kasih, rasa sayang, rasa saling mahu membantu dan rasa menghargai.

Saya belajar menjadi rakyat Malaysia yang hidup dalam negara berbilang kaum dan agama daripada emak saya.

Dan Islam mengajar kita untuk menunjukkan akhlak yang baik kepada semua, termasuk kepada yang bukan Islam.

Semoga keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terus mekar, tidak terusik dek permainan sent!men poIitik.

Sumber FB Puan Mary Anni

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Related Posts: