Hatta Nabi Muhammad SAW sendiri pun, kekasih Allah yang maksum dari melakukan d0sa, Allah SWT uji dengan sihir yang dihantar oleh seorang Yahµdi yang bernama Labid bin Aksam dari Bani Zuraiq.
Peristiwa ini berlaku tatkala Nabi SAW balik dari Hudaibiah dalam bulan Zulhijjah tahun tujuh hijriah. Setelah selesai per4ng Khaibar maka datanglah ketua-ketua Yahµdi bertemu seorang tukang sih1r Yahµdi yang terkenal dalam kalangan mereka bernama Labid bin Aksam, bertujuan untuk melakukan sih1r ke atas Nabi SAW.
Dengan kerjasama daripada seorang budak Yahµdi yang juga kh4dam Nabi, mereka telah menµuri sikat rambut Nabi SAW beserta rambut yang terdapat pada gigi sikatnya.
Orang-orang Yahµdi ni perangai mereka amat burµk dan bongk4k. Mereka sudah menandatangani perjanjian Madinah dengan Nabi SAW dan beraku janji bahawa mereka tidak akan memer4ngi semua pihak termasuk kepada umat Islam.
Tetapi dalam beberapa peristiwa Yahµdi di Madinah telah melanggar perjanjian dan memer4ngi Rasulullah SAW dan mereka akhirnya kalah dan diµsir dari perkampungan mereka.
Tidak cukup dengan ejekan, fitn4h, peper4ngan mereka menggunakan sih1r. Bahkan dalam sejarah kenabian, merekalah kaum yang suka membunµh nabi-nabi yang diutuskan dalam kalangan mereka.
Bagaimana tukang sih1r melakukan sih1r tersebut?
Tukang sih1r tersebut membuat patung berupa Nabi SAW daripada lilin, lalu ditik4m dengan sebelas bilah jarum dan disimpul dengan sebelas ikatan. Maka dicampakkan ke dalam telaga keluarga Zarwan di mana telaga Nabi SAW selalu mandi.
Maka setelah Nabi SAW mandi di telaga tersebut, ditakdirkan, baginda terkena sih1r selama 40 hari.
Ilmu santaµ ini kekal dan diamalkan sehingga sekarang iaitu dikategorikan dengan santaµ dengan cara ditanam.
Pengunaan apa-apa bahan dari badan kita yang dibuat santaµ sangatlah ker4s dan mendalam kesannya.
Sebab tu kalau rambut atau kuku kita jangan buang bersepah atau merata-rata takµt-takµt diambil oleh orang yang nak sih1rkan kita.
Kesan daripada sih1r ini, sebagimana dalam satu hadis daripada Syaidatina Aisyah r.a. menceritakan, bahawa Nabi SAW mengalami s4kit tenat, sehingga Baginda berasa tidak keruan dan mengigau kerananya.
Perkara yang telah dilakukan, Nabi SAW berasa ragu-ragu sama ada sudah dilakukan atau tidak dan Nabi SAW merasakan telah melakukan sesuatu yang sesungguhnya tidak dilakukannya.
Pernah satu masa Nabi SAW melakukan solat dua rakaat dalam solat yang empat rakaat. Apabila ditanya oleh sahabat adakah ada syariat baru? Nabi SAW menjawab tidak ada syariat baru dan baginda bertanya adakah aku solat dua rakaat? Sahabat menjawab ya, ya Rasulullah.
Lalu nabi SAW tambah dua rakaat lagi dan nabi sujud sahwi sebanyak dua kali kerana kesilapan itu akibat dis1hir.
DIDATANGI DUA MALAIKAT.
Pada satu malam Nabi SAW berdoa kepada Allah SWT. Lalu datang dua malaikat berupa dua orang lelaki menemui Nabi SAW ketika Baginda sedang tidur. Salah seorangnya duduk di sebelah kepala manakala yang seorang lagi di sebelah kaki Nabi SAW.
Maka yang seorang lagi membacakan beberapa ayat dari al-Quran, iaitu Surah ‘Mu’awwidataini’ (Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas). Inilah sebab turunnya dua surah tersebut sekali gus.
Nabi SAW kemudiannya terjaga dari tidur, lalu mengutus Saidina Ali, Saidina Zubir dan Ammar ibnu Yasir pergi ke telaga tersebut.
Sesampainya di sana, mereka melihat air telaga itu seperti rendaman daun inai kemerah-merahan darah warnanya, manakala pokok kurmanya kelihatan bagaikan kepala-kepala sy4itan.
Mereka menimba airnya dan mengangkat seketul batu besar, kemudian menemui bungkusan berikat tersebut lalu mereka mengambil dan mengeluarkannya dari telaga itu, seterusnya bungkusan berikat itu disampaikan pada Nabi SAW.
Pada bungkusan tersebut terdapat sebelas simpulan bersama sikat rambut, gigi sikatnya dan sebelas jarum.
Kemudian Nabi SAW membaca ‘Surah Mu’awwidataini’ iaitu dua surah yang diturunkan kepada Nabi SAW dalam mimpi semalam.
Setiap kali dibaca satu ayat dari kedua-dua surah tersebut, terurailah satu ikatan, sehinggalah terurai kesemua simpulannya. Maka dengan takdir Allah, Nabi SAW dapat berdiri dan seakan-akan baru terungkai dan terlepas dari belenggµ ikatan.
Apabila dicabut pula satu persatu jarµm tersebut, terasa sakit dalam tubuh Nabi SAW yang kemudiannya beransur hilang.
Kalau kita teliti makna ayat dua surah tadi pun menunjukkan ia merupakan penghalang dan pembuka ikatan sihir. Jom kita teliti maknanya.
1. Surah Al-Falaq.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; “Dan dari kejah4tan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); “Dan dari kejah4tan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.
2. Surah An-Nas.
Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. “Yang Menguasai sekalian manusia, “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, “(Iaitu pembisik dan penghasµt) dari kalangan j1n dan manusia”.
Aisyah bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah engkau tidak membak4rnya?” Baginda menjawab: “Tidak. Adapun aku, maka Allah sudah menyembuhkan aku, dan aku tidak suka kalau aku membuat keburukan kepada manusia.” Lalu Baginda memerintahkan agar dipendam barangan sihir itu.” (Hadis Riwaat Ibnu Majjah r.a.)
Dalam hadis lain: “Bahawasanya, Allah SWT telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Daripada hadis ini sebenarnya menunjukkan bahawa membalas santaµ dengan santaµ adalah satu perkara berd0sa.
Bahkan disebabkan kita menggunakan bom0h dan meminta pertolongan j1n untuk membalas santaµ, maka itu boleh membawa kepada syir1k kepada Allah SWT.
Ketika hal itu disampaikan kepada si Yahµdi tersebut, maka dia tidak lagi berani sama sekali menunjukkan mukanya pada Nabi SAW.
Demikianlah kisah bagaimana Nabi SAW sendiri terkena sih1r ini dan mudah-mudahan kita akan dijauhi daripada amalan kµrafat tersebut.
Silakan kongsi sebanyak mungkin semoga menjadi sebahagian amalan soleh kita.
Wallahua’lam.
Sumber mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.