Ada dua peristiwa penting yang sering dikisahkan kepada masyarakat ketika peristiwa saat-saat akhir Nabi Muhammad SAW hendak diangkat bertemu dengan Allah SWT. Pertamanya cerita tentang ucapan nabi Muhammad SAW yang menyebut kalimah ummati yang dianggap sebagai lafaz terakhir Baginda.
Manakala peristiwa kedua berlaku ialah cerita tentang Fatimah az-Zahra, anak kepada nabi Muhammad SAW bertemu dengan malaikat Izrail yang mengetuk pintu untuk bertemu Rasulullah SAW.
Bagaimanapun Fatimah ketika itu tidak membenarkan ‘lelaki berjubah putih’ itu masuk dengan memberi alasan, ayahandanya sedang ger1ng dan tidak boleh diganggµ.
Maka rentetan daripada itu berlakulah dialog antara Fatimah dengan Rasulullah SAW yang bertanyakan kepada Fatimah gerangan orang yang hadir lalu mengetuk pintu rumah tersebut. Rasulullah lalu memberitahu, bahawa itulah malaikat Izrail yang dihantar oleh Allah untuk mencabµt nyawanya. Setelah diberitahu hal tersebut, dengan perasaan yang cukup sedih, maka Fatimah mempelawa lelaki tersebut masuk ke dalam rumah.
Ini kisah popular yang sering dilantunkan ke telinga masyarakat untuk menarik minat khalayak. Dan yang meyakinkan bahawa peristiwa itu benar-benar berlaku, apabila ia disampaikan oleh bukan sembarangan orang melainkan yang memegang gelaran ‘ustaz’.
Lantas, layakkah ketika itu masyarakat awam bertanyakan adakah cerita-cerita yang disampaikan itu sama ada benar atau rekaan? Yang pasti, semuanya akan menerima cerita yang tersebut tanpa banyak soal lalu dipanjangkan pula kepada anak-anak mahupun cucu-cucu sebagai halwa telinga sebelum melelapkan mata.
Bagi mereka kisah sebeginilah yang wajar diberitahu berbanding kisah-kisah Cinderella, Sn0w White, kancil dan bµaya dan apa sahaja kisah dongeng rakyat.
BENAR ATAU TIDAK?.
Itu adalah persoalan utamanya. Pensyarah Kanan Jabatan al-Quran dan as-Sunnah, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya, (UM), Dr Khadher Ahmad ada jawapannya. Ujarnya, adapun cerita sebenar sebagaimana yang terkandung dalam kitab al-Syariah ialah, hanya disebut malaikat Jibril bersama Izrail datang menziarahi Rasulullah SAW dan memohon izin untuk mencabµt nyawa Baginda. Lalu Nabi mengizinkan. Setakat itu sahaja!
Tiada sumber langsung yang menyebut tentang kehadiran malaikat Izrail yang hadir menyerupai orang biasa atau Arab Badwi seterusnya berlaku dialog dengan Fatimah. Tiada langsung!
Malah ujar Dr. Khadher, setelah diteliti dan diselidiki sumbernya, cerita popular berkenaan tidak tercatat dalam mana-mana nas hatta di dalam kitab al-Rahiq al-Makhtum (karya al-Mubarakfuri) yang berkaitan dengan sirah Rasulullah.
Sekali gus menunjukkan, bukan sahaja peristiwa popular itu tidak disebut apatah lagi dialog yang berlaku di antara Fatimah dengan malaikat Izrail! Jadi, dari mana datangnya dialog berkenaan?
Namun begitu, Khadher tidak menafikan, terdapat beberapa kisah popular yang disampaikan kepada masyarakat, sekalipun tiada di dalam nas tetapi bersandarkan kepada al-Athar. Al-Athar ialah percakapan, perbuatan dan perlakuan oleh para sahabat dan tabi’in dan ia bukannya daripada nabi Muhammad SAW.
Namun, masyarakat harus maklum, bukan semua Athar boleh diterima pakai untuk berhujah. Terangnya, terdapat tiga hukum berdalil atau berhujah dengan pendapat para sahabat menurut pandangan Ibn Taimiyyah, iaitu:
– Ada pun pendapat para sahabat apabila ia tersebar dan tidak mendapat pengingkaran pada zaman mereka, maka pendapat itu boleh dijadikan hujah menurut kebanyakan para ulama.
Apabila para sahabat berselisih pendapat, maka apa yang harus dilakukan ialah mengembalikan permasalahan tersebut kepada Allah dan rasul-Nya. Jadi, pendapat yang ada perselisihan itu tidak boleh dijadikan hujah.
Apabila sebahagian mereka (sahabat) mengatakan pendapat dan tidak ada perselisihan antara mereka pada ketika itu, dan pendapat tersebut belum tersebar, maka ada perbezaan pendapat di kalangan para ulama. Namun kebanyakannya menerima pendapat ini sebagai hujah, seperti Abu Hanifah, Malik, dan Ahmad ( Ibn Taimiyyah, Fatawa Al-Kubra Juz 5, Dar Al-Kutub Al-Ilmiah, 1408 H, hal.79).
Justeru, berdasarkan hukum yang tersenarai, maka jelaslah di sini, tidak semua Athar boleh digunakan sebagai hujah. Sebaliknya harus diteliti, sahabat mana pula yang berkata sedemikian dan perkara tersebut pula tercatat dalam kitab mana?
Jikalau kita yang kerdil tidak tahu bagaimana untuk mengenal pasti akan sesuatu perkara, eloklah kiranya bertanya kepada yang arif, agar apa yang dipegang itu tidak terpes0ng dari ajaran Islam yang sebenar.
Kepada golongan agamawan juga, sememangnya semua menyedari hakikat kewajipan berdakwah, namun kita juga harus ingat, setiap perkataan yang diucapkan,haruslah diteliti dan diselidiki dahulu kebenarannya, agar tidak berlaku kekeliruan dalam masyarakat. Jangan hanya tahu mencedok, tetapi haruslah teliti dalam ‘bekas’ mana yang dicedok agar kisah-kisah berkaitan Rasulullah SAW khususnya tiada tokok tambah atau sengaja direka-reka. Begitu pesan Dr. Khadher.
Wallahu a’lam.
Sumber Kisah Ghaib
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.
Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press
Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.