Kenali Yusuf Shah, Kanak-Kanak MusIim Pertama Atasi Rekod Genius Albert Einstein & Stephen Hawking

 

Seorang kanak-kanak Muslim Britain berusia 11 tahun telah mengatasi Albert Einstein dan Stephen Hawking dalam ujian IQ apabila dia berjaya mencapai markah tertinggi bagi kategori kanak-kanak.

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh The National News, kanak-kanak bernama Yusuf Shah yang berasal dari Leeds di Utara England itu mendapat 162 markah dalam ujian tersebut. Lebih tinggi berbanding Einstein dan Hawking yang hanya 160 markah dalam ujian sama.

Yusuf dikatakan mengambil ujian Mensa tersebut berikutan rakan-rakannya sering memberitahunya bahawa dia sangat bijak.

“Semua orang di sekolah menganggap saya sangat bijak dan saya sentiasa ingin tahu sama ada saya berada dalam dua peratus teratas orang yang mengambil ujian itu.

“Terasa istimewa untuk mendapatkan sijil atas nama saya dan tentang diri saya,” kata Yusuf menurut laman berita Metro UK.

Pelajar tahun enam itu berharap bahawa dia dapat belajar matematik di Cambridge atau Oxford suatu hari nanti. Dia juga berkata yang dirinya sangat menyukai aktiviti yang dapat merangsang otaknya.

Apabila tidak mengulang kaji pelajaran, dia akan menghabiskan masanya bermain sudoku dan menyelesaikan kiub Rubik.

Yusuf dikatakan bermula main dengan kiub rubik pada Januari lalu dan hanya mengambil masa tempoh sebulan sebelum dapat menyelesaikannya dengan mudah.

“Saya sangat bangga. Dia adalah orang pertama dalam keluarga kami yang mengambil ujian Mensa. Saya sebenarnya agak bimbang kerana dia selalu pergi ke dewan yang penuh dengan kanak-kanak untuk mengambil ujian.

“Kami fikir dia mungkin akan takut dengan orang dewasa di pusat itu. Tetapi dia berjaya melakukannya dengan cemerlang.

“Walaupun kamu berbakat, namun kamu perlu menjadi pekerja yang rajin,” ujar ibunya, Sana.

Dalam masa sama, adik kepada Yusuf yang berusia lapan tahun bernama Khalid juga diharapkan dapat mengikuti ujian Mensa tersebut apabila dia sedikit berusia kelak.

Mensa adalah sebuah komuniti yang hanya layak disertai oleh individu yang mempunyai tahap IQ yang tinggi sahaja. Mensa adalah kumpulan yang terbesar dan tertua di dunia untuk komuniti seperti ini.

Malah, di negara kita juga mempunyai cawangan Kumpulan Mensa Malaysia yang sudah ditubuhkan sejak tahun 1984 dan sehingga kini mempunyai keanggotaan lebih 900 orang.

Pertubuhan Mensa Kebangsaan memberikan lebih fleksibiliti kepada ahli persatuan apabila menganjurkan aktiviti dan acara dan juga membolehkan sebahagian besar dana disalurkan diperingkat tempatan. Hanya rakyat Malaysia yang mempunyai IQ dalam 2% teratas populasi layak menyertai pertubuhan ini.

Terdapat satu kriteria untuk mendaftarkan keahlian dalam Mensa, setiap ahli mesti memiliki IQ yang tinggi yang boleh diuji dalam satu ujian khas. Ujian IQ ini direka untuk mengukur keupayaan umum anda untuk menyelesaikan masalah dan memahami konsep.

Ini termasuk penaakulan, penyelesaian masalah, keupayaan untuk melihat hubungan antara sesuatu dan keupayaan untuk menyimpan dan mendapatkan maklumat. Mensa menetapkan bar IQ tinggi pada atau melebihi persentil ke-98 pada ujian kepintaran piawai yang diluluskan.

Ini bermakna markah anda mestilah sama dengan atau lebih besar daripada markah 98 peratus orang lain yang mengambil ujian sama. Antara ujian yang diambil kira ialah California Test of Mental Maturity, Wechsler AduIt and ChiIdren Scales, SAT, LSAT dan GRE.

Sumber Metro UK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.