Makruh Hukυmnya Bila Kita Sengaja BataIkan Puasa Sunat

 

Ketika puasa sunat, auranya sedikit berbeza jika dibandingkan dengan mengerjakan ibadah tersebut dalam bulan Ramadan.

Masakan tidak, bukan semua orang berpuasa pada hari atau waktu tertentu berbanding dalam bulan barakah tersebut.

Disebabkan itulah adakalanya iman dan nafsu kita teruji. Lebih-lebih lagi apabila ternampak orang lain makan atau minum di hadapan kita yang sedang menahan lapar dan dahaga.

Akhirnya kita pun rebah dan tidak mampu menahan godaan tersebut, lantas membatalkan puasa berkenaan. Apatah lagi, ia hanya ibadah sunat, bukan yang fardu mahupun puasa qada.

Begitupun, pendakwah terkemuka, Ustaz Azhar Idrus mengingatkan, jika kita berbuka tanpa keuzuran ketika sedang berpuasa sunat, makruh hukumnya. “Meneruskan puasa sunat sampai waktu Maghrib adalah sunat dan sengaja berbuka tanpa uzur pula hukumnya makruh,” terang beliau sebagaimana dipetik menerusi laman sosiaI Instagram miliknya.

Agamawan itu kemudian mengemukakan pandangan yang dinukilkan oleh Imam Taqiyuddin al-Husni dalam kitab Kifayatul Akhyar.

Ulama yang faqih dalam bidang fikah itu menyatakan: “Dan siapa yang berpuasa sunat, tidak wajib dia habiskan dan disunatkan baginya menghabiskan puasanya itu. Maka jika dia putuskan berpuasa, maka tidak wajib dia mengqadanya, tetapi sunat dia qada. Adakah makruh jika dia putuskan puasa sunat? Jika kerana uzur, tidaklah makruh dan jika tanpa uzur, makruh hukumnya.”

Fakta yang sama turut dikemukakan dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji yang menjelaskan, makruh jika membatalkan puasa sunat dengan sengaja dan tidak diwajibkan mengqadakannya.

Perkara tersebut turut dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Seseorang yang berpuasa sunat, jika dia mahu, dia boleh teruskan berpuasa, dan jika mahu dia juga boleh berbuka.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Berdosa jika batalkan puasa qada tanpa uzυr

Begitupun, bagi mereka yang menggantikan puasa fardu Ramadan, jangan sewenang-wenangnya untuk membatalkan ibadah itu.

Hυkum membatalkan puasa qada tanpa uzur yang disyariatkan seperti haid dan musafir adalah berdosa.

Ia sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Hani RA: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah berbuka sedangkan aku berpuasa.” Maka Rasulullah SAW berkata kepadanya: “Adakah kamu sedang mengqadakan sesuatu (puasa)?” Beliau berkata: “Tidak.” Sabda baginda SAW: “Maka tidak memudaratkan (memberi dosa) kepadamu sekiranya ia adalah puasa sunat.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

Perkara itu turut dibincangkan dalam kitab Kifayah al-Akhyar. Dalam monumental tersebut, ada dinyatakan bahawa tidak boleh membatalkan puasa qada kerana telah memulakan sesuatu yang wajib melainkan dengan keuzuran dibenarkan syarak.

Pandangan sama turut disuarakan oleh Ibn Qudamah dalam kitab Mughni li Ibnu Qudamah bahawa: “Barang siapa memasuki di dalam sesuatu perkara yang wajib, seperti qada Ramadan atau nazar Mua’iyyin atau mutlak atau puasa kafarah, tidak harus baginya untuk keluar daripadanya (membatalkannya).”

Kepada mereka yang berpuasa sunat, sebaiknya teruskan ibadah masing-masing sehingga waktu berbuka. Semoga amalan kita diterima oleh-NYA dan menerima ganjaran yang selayaknya.

Sumber Sinar Islam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.