"Saya Tak Jual Buah, Boleh Datang Kutip Sendiri" - Dokong, Duku Dan Langsat Yang Disedekahkan

 

Dokong, duku dan langsat yang berbuah lebat pada musimnya ketika ini memberi peluang seorang kontraktor berkongsi rezeki buah itu di dua tanah kebunnya seluas 0.2 hektar di Taman Sri Kebakat, Wakaf Bharu di sini.

Mohd Basir Mohd Isa, 49, memberikan buah-buahan tersebut kepada sesiapa sahaja dan dibenarkan untuk mengambil seberapa banyak yang diingini.

Kata bapa tiga anak itu, kawasan tersebut sebenarnya kebun durian yang dibeli pada tahun 2000 dan turut terdapat banyak pohon dokong, duku serta langsat di dalam kebun terbabit.

“Ada yang sudah tebang untuk menerangi kebun dan masih terdapat lebih 20 pohon menghasilkan buah yang lebat seperti tahun ini.

“Sama ada durian, dokong, duku atau langsat ini, saya tidak pernah jual tetapi hanya disedekahkan kepada saudara-mara, orang yang dikenali atau tidak dikenali sejak dulu,” katanya.

Dokong, duku dan langsat yang disedekahkan. - Foto ihsan Mohd Basir

Ujar Mohd Basir, musim buah-buahan itu biasanya bermula pada Julai hingga Oktober pada setiap tahun dan apabila memasuki musim, para kenalan akan menghubunginya jika mahu menikmati buah-buahan tersebut.

Menurutnya, selain kenalan yang sudah mengetahuinya, beliau juga akan membuat pemberitahuan secara umum di kumpulan-kumpulan WhatsApp untuk mereka yang tidak mengenalinya.

“Orang Siam pun ada yang datang ambil buah untuk dijual dan walaupun saya tolak kerana memang berniat untuk bersedekah, tetapi mereka tetap menghulurkan sejumlah wang.

“Sesiapa yang nak, boleh datang panjat pokok setinggi 20 hingga 30 meter dan kutip sendiri.

"Kalau tidak, nanti buah itu akan terbiar, luruh serta rosak juga kerana tidak ada orang datang ambil walaupun sudah diuar-uarkan percuma,” kata Mohd Basir.

Sumber Sinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

Ibu Bersyukur Kongsi Amalan, Ular Tedung Hitam Bawah Badan, Kanak-kanak Kekal Tenang

 

ULAR tedung memang haiwan yang menggerunkan. Dalam kalangan masyarakat. Malaysia, ular dianggap sebagai musuh yang boleh menyebabkan kematian.

Tidak mengira saiz dan warna, semuanya berbahaya kerana boleh membunuh dalam masa singkat, membutakan penglihatan, menggugurkan kandungan dengan patukan bisa dan lilitannya.

Baru-baru ini tular video yang memaparkan seekor ular tedung hitam menyusur di bawah badan kanak-kanak.

Kejadian yang dipercayai berlaku di kediaman pengasuh kanak-kanak itu di Taman Serai Perdana, Bagan Serai, Perak membuatkan ramai kecut perut.

Menerusi TikTok @miazaraa, budak lelaki berkenaan dipujuk oleh pengasuhnya untuk tidak bergerak.

Si kecil itu kelihatan tenang biarpun haiwan reptilia mempunyai kulit bersisik bergerak di bawah tubuhnya yang sedang berbaring di atas lantai.

Tidak hanya itu, bahagian ekor haiwan berkenaan juga berada dipijak tapak kaki kanannya.

“Masya-ALLAH, Allahuakbar, ALLAH Maha Berkuasa . Anak ini dalam jagaan ALLAH,” kongsinya.

Video berdurasi 19 saat itu ditonton lebih 4.3 juta kali.

Difahamkan, insiden mengancam nyawa berkenaan segera dilaporkan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, panggilan bantuan menangkap ular diterima pada jam 11.28 pagi.

“Semasa tiba di lokasi kejadian didapati kanak-kanak itu sedang berbaring dan menindih ular tedung yang panjangnya 0.4 meter.

“Anggota bertindak menangkap ular manakala seorang lagi anggota mengangkat mangsa,” katanya.

Menurut beliau, pemeriksaan fizikal mendapati tiada sebarang kecederaan pada mangsa dan diserahkan semula kepada pengasuh.

“Ular terbabit kemudiannya dilepas semula ke habitat asalnya yang jauh daripada penempatan penduduk,” katanya.

Warganet memuji sikap tenang si kecil yang berupaya mengelakkan haiwan berbisa itu bertindak agresif atau mematuk.

– “Tidak boleh panik. Memang kena bertenang kerana ular jenis ini menyerang apabila ada pergerakan.”

– “Tenangnya adik ni, masya-ALLAH, ALLAH lindunginya.”

– “Allahuakbar, syukur tak panik dan semua selamat.”

– “Allahuakhbar. Diam sahaja adik ni kawal nafas. Alhamdulillah dalam lindungan ALLAH.”

– “Hebat, ALLAH jaga budak ni.”

– “Elok adik ni keraskan badan. Kalau budak mungkin sudah menangis atau lari.

Biarpun mendebarkan, episod mencemaskan itu berakhir dengan selamat. Ibunya, Yana bersyukur anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Alhamdulillah, anak saya selamat. Untuk pengetahuan semua, ular berkenaan bukan mainan sebaliknya ular senduk.

“Ia amat berbisa tetapi ALLAH menjaga anak saya.

Ramai warga maya tertanya-tanya amalan keluarga kanak-kanak berkenaan yang terhindar dari bahaya semasa berhadapan haiwan berbisa.

“Setiap hari sebelum keluar bekerja, saya akan berdoa dan bertawakal lepada ALLAH.

“Meminta ALLAH menjaga anak-anak saya semasa saya mencari rezeki,” kongsi ibu bernama Yana turut mengatakan anaknya itu aktif tetapi ketika kejadian berupaya tidak bergerak sehingga pihak penyelamat tiba.

15 INFO ULAR BERBISA

1-Ular berbisa terbahagi kepada tiga keluarga yang utama iaitu Elapidae, Viperidae dan Hydropidae.

2-Spesies dari keluarga Elapidae termasuk uIar katam tebu, katam belang, katam kepala merah, matahari biru, ular pantai belang, ular pantai bintik, ular pantai bintik kecil, tedung hitam dan tedung selar.

3-Ular jenis ini mempunyai taring yang tetap di bahagian hadapan rahang atas. Kesemua keluarga Elapidae amat berbahaya kerana bisanya bertindak kepada sistem saraf mangsa.

4-Antara tanda-tanda keracunan bisa ular jenis Elapidae ialah:

5-Jenis tedung:

  • Kesakitan pada tempat gigitan dalam masa setengah jam.
  • Bahagian bekas gigitan membengkak (selepas satu jam dipatuk).
  • Lemah-lemah badan.
  • Pengeluaran air liur yang berlebihan.
  • Mengantuk.
  • Lumpuh pada otot-otot muka, bibir, lidah dan saluran pernafasan.
  • Tekanan darah menurun.
  • Mata kuyu (ptosis).
  • Pandangan menjadi kabur.
  • Sawan (konvulsi).
  • Badan berpeluh.
  • Dalam kes-kes teruk tanda-tanda berikut adalah nyata:
  • Komplikasi kardiovaskular.
  • Hipotensi.
  • Sakit yang amat sangat pada bahagian perut.

6-Jenis katam tebu:

  • Biasanya gigitan ular jenis ini tidak meninggalkan kesan kesakitan yang teruk.
  • Jangka masa kesakitan juga tidak berlarutan.
  • Tiada kesan bengkak atau perubahan warna kulit pada tempat gigitan.
  • Tanda-tanda lain adalah serupa dengan kesan gigitan tedung.

7-Ular matahari

  • Kesakitan pada bekas gigitan.
  • Bekas gigitan membengkak.
  • Kudis boleh terbentuk pada tempat gigitan.
  • Gangguan pernafasan

8-Keracunan yang teruk boleh dikenal pasti dengan tanda-tanda toksin saraf dalam masa satu jam.

9-Jika anda digigit haiwan ini, cuba bunuh kerana ia penting bagi tujuan mengenal pasti antivenin. Ini adalah bagi mengelakkan kesilapan menyuntik antivenin yang salah sekali gus membahayakan nyawa mangsa.

10-Tetapi, jangan membuang terlalu banyak masa untuk membunuhnya kerana rawatan awal mangsa adalah lebih penting. Untuk membunuh ular, gunakan kayu panjang dan jika boleh buluh lebih sesuai.

11-Pukul dengan kuat di bahagian belakang kepalanya tetapi jangan hancurkan bahagian iti kerana ia perlu dikenal pasti dari bentuk kepala.

12-Sekiranya percubaan membunuh ular tersebut tidak berjaya, mencukupi jika anda dapat mengingati saiz dan corak warna ular tersebut.

13-Walaupun haiwan itu telah mati, anda haruslah berhati-hati ketika memegangnya.

14-Jangan cuba mengusik kawan atau bermain-main dengan bangkainya kerana berkemungkinan ia masih hidup.

15-Biarupun telah mati, bisanya masih boleh membahayakan sekiranya tersuntik ke tubuh dalam masa satu jam.

Sumber Balai Bomba dan Penyelamat KajangTikTok MiaZaraa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.


Selitan Nota Ibu Buat Ramai Sebak, Al-Quran Milik Adik Perempuan Dipulangkan Kepada Abdul Rahman

SEBUAH al-Quran dipulangkan kepada remaja yang kehilangan enam ahli keluarga dalam sekelip mata, Abdul Rahman Amir Ruddin, 19 tahun.

Al-Quran tersebut merupakan milik salah seorang adik kepada Abdul Rahman yang maut bersama bapa dan ibu serta tiga adik lain dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, Jumaat lalu.

Apa yang sangat menyentuh hati ramai apabila di dalam al-Quran tersebut terdapat satu selitan nota ingatan dari seorang ibu kepada anak.

Menerusi satu perkongsian Non-Governmental Organization (NGO) Muslim Care Malaysia (MCM) di Instagram, kisah Abdul Rahman sekeluarga sungguh memberi inspirasi.

“Sebuah al-Quran milik adiknya dipulangkan kepada Abdul Rahman dengan terselit nota ingatan dari ibunya membuatkan suasana di dalam rumah sebak menahan air mata.

“Kematian yang menghidupkan jiwa, inspirasi dari kisah mereka sekeluarga yang sangat mencintai al-Quran wajar kita jadikan tauladan.

“Hebat sungguh perjuangan mereka sekeluarga dalam memahatkan al-Quran dalam diri mereka. Subhanallah!

“Satu Malaysia menumpang hiba mendapat khabar duka kemalangan yang melibatkan sebuah keluarga di Johor.

“Meninggalkan dua orang waris, enam sekeluarga telah pulang menghadap Ilahi tanpa diduga.

Firman Allah SWT:
وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ

Maksudnya: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan). Maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka kemudiankan dan tidak pula dapat mereka dahulukan walau sesaat pun.” (Surah Al-A’raf: 34)

“MCM diwakili Tuan Muhd Khidhir Izaidin, Naib Presiden MCM telah menziarahi adik Abdul Rahman yang masih sedang mencari kekuatan dan hikmah yang sedang ALLAH rencanakan buat dirinya.

“Adapun bagi kita yang masih diberi kesempatan hidup ini, haruslah kita mencontohi amalan mereka yang telah mendahului kita dengan husnul khatimah.

“Hendaklah kita sentiasa dalam ketaatan kepada ALLAH dengan beramal soleh dan saling memperingatkan tentang kebenaran, serta menjauhi kejahatan dan maksiat,” ujarnya.

Perkongsian tersebut buat ramai sebak. Warga maya rata-rata meninggalkan kata-kata semangat dan doa buat remaja itu menempuhi hari-hari mendatang.

Sumber Sinar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.

 

Obses Nak Putih, Kulit Wajah Bertukar Hitam Selepas Henti Guna Krim - Ketahui 3 Cara Kesan Produk Ada Merkuri

 

Memiliki kulit wajah yang putih, mulus dan licin sememangnya menjadi impian setiap wanita.

Justeru, tidak hairanlah ada yang sanggup melabur wang yang banyak demi mendapatkan kulit wajah idaman ibarat telur yang dikupas.

Namun dalam keghairahan untuk mendapatkan kulit wajah yang sempurna, segelintir kaum Hawa cenderung untuk terpengaruh dengan membeli produk yang kononnya mampu memberikan kesan positif dalam jangka masa yang singkat sahaja!

Gembira bukan kepalang apabila melihat wajah yang dahulunya kusam kian berubah menjadi cerah dan anjal, namun tahukah anda tidak semua bahan di dalam produk berkenaan selamat untuk digunakan malah memudaratkan tubuh.

Sebagaimana perkongsian seorang wanita yang menggunakan akaun TikTok @nurnnyas, dia berkongsi kesan yang ditanggung ketika ini akibat pemakaian produk yang mengandungi merkuri.

merkuri 1

Jelas wanita berkenaan, kulit wajahnya berubah menjadi kehitam-hitaman seperti kesan terbakar selepas setahun menggunakan krim produk berkenaan.

"Saya fikir pada mulanya kerana sinaran matahari sebab saya bekerja di lapangan (luar). Tapi lama-lama pun kesannya tidak hilang. Akhirnya saya memutuskan untuk berhenti.

"Tapi bila berhenti, makin teruk. Saya kebingungan dan ambil langkah untuk biarkan saja. Tiga tahun kebelakangan ini, kesannya memburuk," katanya menerusi video berkenaan.

Wanita tersebut berkata, dia kemudian mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik kulit.

"Seorang doktor mendiagnosis kulit saya dan menurutnya selain kerana kesan merkuri, masalah tersebut juga berpunca akibat kesan terkena sinaran matahari secara terus ke kulit," katanya lagi.

Masih di dalam tempoh rawatan, wanita berkenaan berkata perkongsian yang dibuat di TikTok bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan produk wajah terutama yang mengandungi bahan seperti merkuri.

merkuri 2

Justeru, bagaimana caranya untuk mengenal pasti sama ada sesuatu produk mengandungi merkuri?

Portal Hellodoktor berkongsi beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan produk tersebut selamat dan tidak mengandungi merkuri, iaitu:

1) Cuba sapukan krim tersebut pada tangan dan gosokkan barang kemas yang diperbuat daripada emas. Jika krim tersebut bertukar warna kepada kelabu atau kehitam-hitaman, ia mengandungi merkuri.

2) Periksa label di belakang produk. Jika ada perkataan mercurous chloride, calomel, mercuric, mercurio atau mercury, anda perlu berhenti menggunakan produk tersebut secepat mungkin.

3) Krim yang mengandungi merkuri mempunyai bau yang kuat dan menusuk hidung.

Ibu yang mengandung dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan produk yang mengandungi merkuri.

Implikasinya bukan sahaja akan menimpa si ibu, ia juga boleh membawa masalah kepada bayi dalam kandungan.

Untuk mendapatkan maklumat sahih, anda boleh memeriksa jenama produk yang mengandungi merkuri melalui laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jadilah pengguna yang bijak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.



Jasad Ditemui Berdekatan - Abang Dan Adik Sehidup Sem4ti, Rentung Dalam Kebakaran

 

TRAGEDI kebakaran di Kampung Pulutan, Menggatal, Sabah meragut nyawa abang dan adik, Jackron Jabri, 6, dan Jayraiyen Jabri, 5, benar-benar menyayat hati.

Kedua-duanya dipercayai terperangkap dalam kebakaran enam rumah. Lebih memilukan, jasad dua beradik itu ditemui berdekatan antara satu sama lain.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, kedua kanak-kanak itu difahamkan bersendirian di rumah tanpa kedua ibu bapa mereka.

Berikut adalah kronologi kejadian yang meragut nyawa:

1-Ketika kejadian, kanak-kanak berusia enam tahun yang rentung itu baru saja pulang dari sekolah tadika.

2-Adiknya berusia lima tahun memang sudah berada di rumah.

3-Mereka didapati bersendirian di rumah selepas ditinggalkan oleh ibunya yang keluar bekerja manakala bapanya menghantar anak saudara ke hospital.

4-Adik beradik mangsa yang lain ketika itu berada di sekolah.

5-Agustavia Joe Guasi berkata kedua-dua jasad mangsa ditemukan berdekatan antara satu sama lain di bahagian ruang tamu kira-kira jam 1 petang.

6-Kejadian itu turut melibatkan enam rumah jenis tidak kekal dan semuanya hangus 100 peratus.

7-Seramai 35 pegawai dan anggota bersama jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kebakaran.

8-Operasi pemadaman dijalankan dan api berjaya dikawal pada jam 2.53 petang.

9- Setakat ini punca kejadian masih dalam siasatan.

Salam takziah daripada SinarPlus buat keluarga mangsa yang kehilangan dua cahaya mata sekelip mata.

Sumber Sinar Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.