Solat Pandang Kaabah Tanpa Melihat Tempat Sujud, Ini Hukυmnya

 

Kaabah merupakan kiblat bagi umat Islam. Menyaksikan binaan empat segi berkelambu hitam itu pasti meluluhkan hati setiap Muslim terutama buat mereka yang pertama kali berdepan dengannya secara langsung.

Begitu banyak kelebihan dan keistimewaan kaabah ini untuk diceritakan.

Firman Allah SWT “Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia”. (Surah Ali Imran ayat 96)

Justeru, adalah digalakkan bagi jemaah baik yang mengerjakan haji mahupun umrah, jika sudah tiba di tanah suci, rebutlah peluang untuk meraih rahmat Allah SWT dengan hanya melihat Kaabah.

Daripada Ibn Abbas RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Pada setiap hari dan setiap malam bagi ALLAH SWT itu ada 120 rahmat yang diturunkan di atas kaabah, 60 rahmat diturunkan kepada orang-orang yang sedang tawaf manakala 40 rahmat pula diturunkan kepada orang-orang yang sedang sembahyang dalam Masjidil Haram, baki lagi ada 20 rahmat diturunkan kepada orang-orang yang ada di sekitar tempat tersebut yang hanya duduk memandang kaabah sahaja. ” (Hadis Riwayat al-Ṭabarani)

Antara ibadah yang pasti akan dilakukan oleh umat Islam setibanya di tanah suci adalah melakukan solat kerana itu merupakan ibadah wajib bagi setiap Muslim.

Tetapi, menjadi persoalan adakah solat di Masjidil Haram juga digalakkan untuk menghalakan mata melihat Kaabah demi meraih pahala yang disebut-sebut, dan apakah hukυmnya?

Pendakwah, Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim atau lebih dikenali sebagai PU Amin tampil menjelaskan persoalan yang kebanyakannya ditanya oleh mereka yang bakal mengejarkan umrah untuk kali pertama.

Menurutnya, ulama berbeza pendapat dalam menanggapi hal ini. Dalam kitab Fath Al-Bari, Ibn Hajar, kebanyakan ulama berpandangan bahawa disunatkan untuk seseorang yang solat itu menghalakan pandangan mereka ke tempat sujud.

“Ini seperti yang disebutkan oleh Imam Ibn Hajar yang menukilkan kenyataan Muhammad Ibn Sirin yang berkata: ‘’Mereka dahulu (para sahabat) berpaling-paling dalam solat mereka sehinggalah turunnya firman ALLAH. yang bermaksud, “Telah berjayalah golongan yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk di dalam solat mereka” (Surah Al-Mu’minuun ayat 1-2)

“Maka mereka (para sahabat) pun beralih semula ke arah solat mereka (iaitu solat dengan tekun) dan melihat ke arah hadapan mereka. Dan mereka menggalakkan untuk salah seorang mereka tidak melepasi pandangan mereka dari tempat sujud mereka.

“Dalam erti kata lain, makruh hukυmnya bagi seseorang itu jika tidak memandang kearah tempat sujudnya semasa solat dalam keadaan dia memandang ke kiri dan ke kanan, atau dia mengangkat pandangannya ke atas.

“Kerana hal sebegini adalah amat berjauhan dengan konsep solat yang memerlukan seseorang itu untuk khusyuk, khudu’ (tunduk), serta tekun. Manakala disunatkan untuk mereka yang solat menundukkan pandangan mereka menghala ke tempat sujud.

“Begitu juga halnya jika berada di Makkah. Jika semasa solat, jemaah menghalakan mata ke arah Kaabah, tetapi tidak dapat khusyuk dek keadaan disekeliling Kaabah yang penuh dengan ribuan manusia, maka tidak perlulah berbuat demikian, cukuplah dengan hanya memandang ke tempat sujud. Itu yang terbaik,” katanya lagi.

Sumber Sinar Islam

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.